Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Presiden bersama Jawatankuasa IKRAM Pusat (JKP) dan Yang Dipertua-Yang Dipertua (YDP) IKRAM Negeri untuk kali pertama bagi sesi 2014-2018 di Ibu Pejabat IKRAM Pusat di sini.
Menurut beliau, IKRAM telah memasuki fasa pertama dalam tempoh empat tahun yang mana banyak cabaran samada di peringkat pusat mahu pun negeri.
Pejabat Presiden juga terdapat banyak cabaran dengan banyaknya unit-unit di bawahnya seperti komunikasi koporat untuk membuat ‘engagement’ demi mengangkat IKRAM ke tahap memimpin ummah dan masyarakat, begitu juga dengan tugas-tugas khas seperti kebajikan untuk kakitangan sepenuh masa.
Tambahnya, IKRAM akan meneruskan hubungan yang baik di peringkat antarabangsa di mana inisiatif yang diambil oleh umat dapat dilihat dan IKRAM perlu mendokongnya walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kepayahan.
Katanya, JKP juga ada pelbagai jawatankuasa yang dibentuk berdasarkan strategi baru dengan dimensi baru yang memberi fokus untuk merealisasikan visi.
“Ini merupakan kerja-kerja besar yang memerlukan kita semua bergerak bersama-sama. Dengan strategi baru, gerak kerja kita akan lebih fokus dan memberi impak dan mempercepatkan pencapaian visi,” ujarnya.
Mesyuarat Presiden-JKP-YDP Negeri ini adalah pertemuan berkala secara bersemuka yang eksklusif antara kepemimpinan tertinggi IKRAM Pusat dan YDP-YDP Negeri yang bertujuan untuk membina persefahaman berkaitan isu-isu kepemimpinan, membincangkan keperluan-keperluan IKRAM Negeri dan membincangkan keperluan-keperluan YDP IKRAM Negeri.
Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah untuk ahli JKP dan YDP Negeri untuk melaksanakan tanggungjawab kepemimpinan dengan sebaiknya, insyaa-Allah.