Teruskan sumbangan pasca banjir

Sumbangan pasca banjir berjumlah RM1,500 telah disampaikan oleh wakil i-Bantu Temerloh, Encik Jalani Ludin kepada Pengerusi Sekolah Rendah Agama Al-Mukmin, Ustaz Ibrahim Jamin pada Isnin, 10 April lalu.

Sekolah tersebut yang mempunyai pelajar seramai 215 orang telah dilanda bencana banjir yang teruk hingga menenggelamkan seluruh kawasan sekolah yang boleh mencecah ketinggian satu meter setengah sejak tahun 2013 hingga 2016.

Ustaz Ibrahim berkata, pembangunan semula bangunan sekolah yang akan dibina mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana tidak ada peruntukan daripada mana-mana pihak.

“Kami tunggu jumlah duit yang ada untuk membeli barang. Ada projek yang tertangguh kerana kami sedang menunggu duit untuk cukup”, katanya.

“Kami memerlukan sumbangan bahan binaan untuk meneruskan pembangunan yang ada”.

Sebelum ini, i-Bantu Temerloh telah menyumbang RM5,000 kepada sekolah berkenaan untuk membaik pulih dewan makan yang rosak akibat banjir.

 Penyampaian sumbangan di SK Kertau

Dalam masa yang sama, sumbangan sebanyak RM500 telah diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kertau, Chenor, Pahang oleh i-Bantu Temerloh.

Menurut Guru Besar SK Kertau, Puan Nor Hashimah Osman bahawa kewujudan NGO seperi i-Bantu sangat membantu terutamanya jika berlakunya banjir kerana bantuan dari sudut tenaga untuk memindahkan barang dan pembersihan diperlukan.

“Dengan adanya NGO seperti ini, kami bersyukurlah. Satu hari kerja pembersihan sudah selesai,” jelasnya merujuk kepada khidmat pembersihan sekolah itu yang turut dijayakan i-Bantu.

“Kami sangat berterima kasih bagi pihak anak murid saya dan cikgu-cikgu sekolah kerana kami tidaklah perlu bersusah payah lagi,” tambahnya.

Sekolah tersebut yang terletak berhampiran dengan Sungai Pahang merupakan kawasan yang sering dinaiki banjir hampir setiap tahun. Dengan jumlah guru dan kakitangan seramai 26 orang, tindakan-tindakan untuk menghadapi banjir sangat terhad.

Lawatan satu hari i-Bantu Temerloh itu turut menziarahi Sekolah Kebangsaan Chenor sebagai salah satu destinasi lawatan pasca banjir.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia