“Kami menggesa kerajaan menggunakan seluruh ruang yang ada untuk memberi tekanan kepada Syria agar menghentikan serangan dan pembunuhan di Aleppo,” tegas Dr Hafidzah.
Rakyat di Syria jelasnya, terlalu lama menderita, manakala yang terselamat pula kekurangan bekalan makanan dan kemudahan asas seperti air serta bahan api.
“Sungguh tidak dapat digambarkan kesusahan mereka sementara rakyat di negara ini hidup dengan aman dan selesa.”
Tambahnya lagi, paling menyayat hati, jenayah kemanusiaan ini tidak mengenal usia dan jantina.
Beliau menggesa semua pihak agar mendidik diri dan ahli keluarga agar mempunyai jati diri muslim yang kuat luaran dan dalaman supaya menjadi insan yang peduli dan bersifat rahmah kepada orang sekeliling.
“Berdoa dan bermunajatlah untuk saudara kita yang dizalimi di Syria kerana doa adalah senjata kita.”
Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini menghulurkan sumbangan kepada mana-mana tabung dana yang sah bagi membantu rakyat Syria.
“Bantulah mereka walau sekadar RM10,” seru Dr Hafidzah.
Sumbangan juga boleh disalurkankan melalui akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) menerusi akaun-akaun berikut:
Maybank Islamic: 5642-5856-0698
CIMB Islamic: 8602-13-5592
Bank Islam: 1209-2010-0349-04
Sila e-mel bukti pembayaran kepada account@mycare.org.my