Teruja sambut tetamu pelbagai kaum

Merasakan suasana kemeriahan dan harmoni dalam berhubung dan berinteraksi dengan tetamu yang hadir, rata-ratanya berpendapat IKRAM boleh diterima oleh masyarakat pelbagai kaum.

Aqil Junaidi, 23, berkata, jamuan raya anjuran IKRAM dan Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) itu memperlihatkan variasi tetamu yang hadir.

“Bagi saya, jamuan raya IKRAM adalah sesuatu yang berlainan daripada kebiasaan kerana yang tetamu yang hadir adalah daripada pelbagai agama dan bangsa,” kata beliau yang merupakan Penolong Eksekutif Jabatan Masyarakat Madani.

“Jamuan raya tempat lain, biasanya hanya satu bangsa yang datang dan tak ramai tetamu daripada bangsa lain. Tetapi perkara itu tidak berlaku di sini.”

Malah, beliau juga tidak menyangka bahawa jaringan kenalan IKRAM begitu luas merentasi budaya.

Ini turut dipersetujui oleh Afiq Suleiman, 24, kakitangan yang baru berkhidmat sejak Jun lalu di sebagai Eksekutif Jabatan Seberang Laut.

Katanya, IKRAM telah memecahkan tembok sempadan antara manusia kerana biasanya orang hanya menjemput sahabat atau kenalan tertentu sahaja.

“Tetapi IKRAM turut menjemput jiran-jiran yang bekerja di sekitar ini walaupun selama ini kita tidak mengenali mereka,” tambahnya.

    

Para pemimpin IKRAM dan Wanita IKRAM bersama tetamu pelbagai kaum

Bagi Aminah Tajul Arifin dan Sarah Azmin pula, bertugas sebagai penyambut tetamu menjadikan mereka lebih dekat untuk mengenali tetamu.

Mereka yang masing-masing kurang setahun bekerja di Ibu Pejabat IKRAM, sama-sama teruja menerima tugas khas tersebut.

“Ini kali pertama saya lihat pejabat dipenuhi oleh orang luar kerana sebelum ini, jika ada program pun cuma antara kita sahaja.”

“Walau bagaimanapun, perkara ini sudah kami jangkakan kerana kita sedia maklum bahawa IKRAM ada banyak kenalan dengan agensi di luar sana,” kata mereka.

Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri pada tahun ini merupakan kali ketiga diadakan di Ibu Pejabat IKRAM bertujuan memperkukuhkan hubungan kejiranan dan mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain menjemput jiran-jiran di sekitar ibu pejabat, turut diundang NGO-NGO Islam, Palestin, wanita dan masyarakat madani, wakil kedutaan, agensi kerajaan serta ahli-ahli politik.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia