Teroka gua, War Games, aktiviti lasak dalam Endurance Camp

Program yang diadakan bertujuan untuk menyantuni belia umum di Selangor di mana kebanyakan peserta daripada Shah Alam, Subang Jaya dan Hulu Selangor yang turut dibantu oleh 16 orang AJK penganjur termasuk para fasilitator daripada Kelab Rekreasi UiTM Shah Alam (Kresma). Aktiviti program yang 100% berbentuk outdoor pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta dalam setiap sesi program selama dua hari.


Pada pagi Sabtu, para peserta berkumpul di hadapan Pejabat IKRAM Selangor, Shah Alam. Kemudian bergerak dengan konvoi 9 buah kereta menuju ke Kem Rimba Tamu. Seusai sampai di kem, semua peserta bersiap siaga untuk meneroka gua berair. Perjalanan ke gua tersebut memakan masa hampir 30 minit.


Penerokaan gua memakan masa lebih 2 jam. Satu pengalaman yang sangat mencabar dan menarik untuk para peserta semasa meneroka gua yang mempunyai sungai di dalamnya. Mereka perlu merangkak, mengesot, melompat dan bermacam-macam aksi lain untuk melepasi setiap lubang dalam gua tersebut yang hanya boleh dimasuki oleh seorang sahaja.


Pada sebelah petang pula, para peserta bersukan tradisional di samping merasai pengalaman flying fox dan abseiling. Pada malamnya, sesi tazkirah dan perasmian program disempurnakan oleh Ustaz Shamsul Ma’arif Hj Ismail, mantan YDP IKRAM Selangor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Saudara Shahrul Aman Shaari, mantan Ketua Pemuda IKRAM Selangor.


Manakala pada keesokannya, peserta dikejutkan seawal jam 3.30 pagi untuk bangun melakukan qiyamullail. Selesai bermunajat, kesemua peserta bertempur di medan dalam slot War Games pada jam 4.10 pagi. Mengambil pengajaran sirah Rasulullah SAW sebelum ke medan jihad, semua para sahabat dikehendaki untuk mendirikan solat malam. Atas dasar itulah ‘perang’ ini dilakukan selepas qiyamullail. Semua peserta memang bersemangat untuk berjuang mempertahankan kubu masing-masing.


Slot yang terakhir adalah Endurance Race, perlumbaan berbentuk explorace di mana peserta diberi tugasan dalam setiap checkpoint secara berkumpulan. Semua peserta berlumba-lumba untuk menamatkan checkpoint dan merentasi halangan yang telah pun ditetapkan seperti lorong itik, lorong buaya, lumpur, tembok tinggi, sungai dan sebagainya.


Respon daripada peserta amat memberangsangkan dengan pengisian aktiviti seumpama ini. Program diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta oleh Saudara Fauwaz, Pengerusi Belia IKRAM Selangor.


Penghargaan buat Belia IKRAM Selangor dan Belia IKRAM Shah Alam serta Pengarah Program, Saudara Aminuddin Hamid dan semua jawatankuasa yang terlibat yang menjayakan dan merintis keunikan aktiviti lasak yang menjadi kegemaran belia di samping tidak mengabaikan pengisian rohani seperti tazkirah, solat berjemaah dan qiyamullail. Syabas buat penganjur dan peserta yang melalui cabaran dan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia