Teori maqasid syariah

Jadi ‘illah sama maksud atau sama tujuannya dengan maqasid atau maksud. Setiap hukum Allah ada mempunyai ‘illah.

 

Oleh itu, di sebalik semua hukum Allah Subahanahuwataala ini,  mempunyai ‘illah dan maqasidnya, sama ada hukum taklifi atau hukum wadh’ie.

 

Kita perlu ingat bahawa maksud atau teorinya, di sebalik maqasid syariah, semua hukum syarak ada tujuan, maqasid dan hadf yang dituntut untuk dilaksanakan.

 

Maqasid ini akan membawa maslahat, keuntungan, manfaat kepada manusia dan alam sejagat iaitu istilah yang sering kita dengar iaitu Rahmatan Lil Alamin (RLA).

 

Pelbagai takrif atau definisi maqasid syariah yang diketengahkan ulama seperti Imam asy-Syatibi, Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr Ahmad ar-Raisuni.

 

Secara umum atau mudahnya ia disebut objektif syariah dalam menentukan sesuatu hukum. Sebagai contoh, diwajibkan solat, diharamkan arak, apakah objektif di sebalik hukum itu ditentukan?

 

Sebab itu Syeikh Ahmad ar-Raisuni, seorang alim, seorang pakar yang sering bercakap mengenai maqasid syariah, beliau mentakrifkannya sebagai matlamat yang ditentukan syariat untuk direalisasikan bagi faedah dan kepentingan manusia.

 

Terdapat juga yang memberikan takrif maqasid syariah sebagai memelihara maslahat (kepentingan manusia) dunia dan akhirat melalui dua cara iaitu jalb al-masalih wa daf’ al-mudharrah (membawa maslahat dan menolak kemudaratan), iaitu ia membawa kemaslahatan dengan menjana kemaslahatan.

 

Sebagai contoh:

وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ

“Dan Allah telah menghalalkan jual beli…” (Al-Baqarah: 275)

 

Apakah sebenarnya manfaat yang dapat dijana (maqasid) daripada tindakan jual beli itu?

 

Begitu juga dengan menolak kemudaratan, iaitu mafsadah (keburukan) seperti pengharaman arak. Apa sebenarnya maqasid di sebalik pengharaman arak?

 

Tentunya ia bagi menjana kebaikan individu, keluarga, masyarakat dan ummah.

 

Definisi maqasid syariah dapat dirumuskan seperti berikut:

 

1. Menjana kebaikan atau kebahagiaan individu, keluarga, masyarakat dan ummah.

 

2. Memelihara sistem, memakmurkan dunia dengan cara membawa kepada kebaikan dan kesempurnaan manusiawi (sama ada dalam nas atau tidak) sehingga dunia ini menjadi tempat mencari bekalan untuk kita mati, untuk kita hidup di akhirat kelak.

 

Siri ringkasan ceramah ‘Maqasid Syariah dan Konsep Rahmah’ 1 oleh Ustaz Alias Osman pada 21 Disember 2019 sempena Kolokium Kebangsaan Pendidikan Islam anjuran IKRAM MUSLEH.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia