Tentang penghapusan etnik, bangunkan warga Rohingya – AYLF

“AYLF menyeru para aktivis, belia, badan bukan kerajaan dan pihak berautoriti untuk bersama-sama menyantuni pelarian Rohingya dengan bantuan yang berterusan dan mengutuk penghapusan etnik di Myanmar,” kata Naib Presiden AYLF Malaysia Chapter, Puan Farah Nabilah Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Perbincangan Meja Bulat Asean Young Leaders Forum Malaysia 2019 yang membincangkan tentang isu semasa pelarian Rohingya pada Ahad lalu di UKM.

Tambahnya, pendirian ini dibuat berdasarkan hakikat bahawa Rohingya tidak diiktiraf sebagai etnik minoriti di Myanmar, ditindas dalam pelbagai bentuk, dicabul hak kemanusiaan dan disenaraikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai golongan yang menerima penindasan paling buruk di dunia.

“Justeru, AYLF yang kini sudah melebarkan jaringannya di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka menyeru para belia khususnya di seluruh rantau ASEAN untuk bersama-sama bersatu padu menentang mekanisme penghapusan etnik di Myanmar dan menyeru belia ASEAN untuk terus menyantuni warga Rohingya,” tegasnya.

AYLF juga menggesa pihak berwajib dan para belia seluruh ASEAN untuk bersama-sama mendesak kerajaan Myanmar supaya mengiktiraf Rohingya sebagai etnik minoriti negara dan menghentikan sebarang bentuk tindakan penghapusan etnik.

Dalam perbincangan meja bulat itu, kesemua ahli sidang yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan kemanusiaan, mahasiswa dan wakil-wakil daripada pemimpin pelarian Rohingya di Malaysia bersetuju dengan lima resolusi berikut:

1. Menyeru semua pemimpin ASEAN – termasuk kerajaan dan NGO untuk bersatu dan bertindak secara kolektif untuk membantu dan memperkasa pelarian Rohingya dari aspek hak asasi, pekerjaan, bantuan kesihatan dan pendidikan asas terutamanya kepada kanak-kanak.

2. Mengusulkan satu konvensyen ASEAN yang berkaitan dengan pelarian selari dengan Konvensyen Pelarian 1951.

3. Mencadangkan dasar projek penambahbaikan pengurusan pelarian di Malaysia dan memasukkan pihak berkepentingan yang relevan sama ada NGO, wakil pelarian selain daripada pihak berautoriti dalam jawatankuasa dasar ini.

4. Membolehkan akses kepada pelarian Rohingya untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi.

5. Membangunkan mekanisme pembiayaan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk pelarian bagi memastikan akses mereka kepada perkhidmatan kesihatan lebih terjamin.

“AYLF amat berbesar hati dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan-badan antarabangsa, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan sekolah dalam menjayakan kempen belia menentang penghapusan etnik di Rohingya ini,” kata Farah lagi.

Resolusi-resolusi tersebut turut dipersetujui bersama oleh AYLF Indonesia Chapter, Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM), Islamic Medical Association of Malaysia, Islamic Relief Malaysia (IRM), Persatuan Belia Harmoni Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Mahasiswa Amanah Nasional, Perubuhan Kebajikan READ Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Perbincangan Meja Bulat ASEAN Young Leaders Forum Malaysia 2019 menampilkan Penasihat Eksekutif ASEAN Rohingya Centre, Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Pengerusi Rohingya Working Group, Asia Pacific Refugee Rights Network, Lilianne Fan dan Puan Farah Nabilah sebagai panelis.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia