Telefon percuma yang membantutkan PdPR

Sehingga kini, terdapat dua insiden letupan bateri telefon Yes Altitude 3 yang diberi percuma kerajaan negeri Perak telah tular di media sosial.

 

Meskipun siasatan pihak Yes (Soya Cincau, 22 Jun 2021) berkenaan kedua-dua insiden ini menunjukkan tiada masalah pada integriti telefon-telefon itu sendiri dan punca insiden kes kedua terjadi ialah pengecasan dilakukan menggunakan pengecas pihak ketiga, isu telefon pintar ini tidak terhad pada masalah ketahanan bateri semata-mata.

 

Masalah yang menjadi perhatian hampir setara dengan masalah keselamatan telefon model tersebut ialah masalah kemampuan telefon pintar tersebut untuk menjalankan fungsi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan baik. 

 

Spesifikasi model telefon yang diberi bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani ini dilihat berpotensi menimbulkan tanda tanya tentang bagaimana kontrak ini berjaya diluluskan oleh kerajaan negeri Perak. 

 

Spesifikasi telefon model ini yang amat memilukan (Soya Cincau, 14 Jun 2021) memperlihatkan bahawa pemberian telefon ‘pintar’ ini seolah-olah tidak membantu golongan B40 agar mereka memperoleh capaian yang baik untuk pembelajaran dalam talian. 

 

Akal waras empunya siapakah yang boleh mencerna keputusan meluluskan telefon dengan RAM 1GB, cip pemprosesan tiga tahun lapuknya dan skrin kecil dengan skrin yang tidak pun mencapai resolusi minimum definisi tinggi untuk menjalankan PdPR pada tahun 2021? 

 

Malah ada juga pengguna media sosial memuat naik status berkenaan kualiti gambar yang tidak memuaskan yang diambil menggunakan kamera telefon tersebut. 

 

Semua kelemahan yang ditunjukkan oleh telefon ‘pintar’ ini membuktikan terdapat persoalan tentang kewajaran kerajaan negeri Perak ‘menghadiahkan’ golongan berpendapatan rendah rakyat Perak dengan teknologi terkebelakang. 

 

Pada zaman orang sedang membincangkan sama ada sepatutnya Internet menjadi hak asasi manusia, kerajaan Perak masih tersangkut dengan pemberian teknologi tiga tahun terkebelakang. 

 

Alasannya pula bersifat bersangka buruk terhadap penerima sumbangan, iaitu kononnya mereka akan mengutamakan permainan video berbanding belajar. 

 

Kita boleh elakkan lagi fitnah bahawa kemungkinan terdapat penyelewengan dana untuk projek sumbangan telefon pintar ini.

 

Tapi kita tidak boleh abaikan bahawa jika tiada penyelewengan sekalipun yang berlaku, pemberian ini merupakan suatu yang tidak ikhlas kerana tidak membantu menyelesaikan masalah jurang capaian pendidikan untuk golongan miskin dengan sepenuhnya.

 

Golongan B40 sudah pun secara umumnya diketahui mempunyai cabaran tersendiri untuk mencapai tahap pendidikan yang berkualiti setara dengan golongan lain.

 

Namun pandemik Covid-19 ini lebih menunjukkan bahawa jurang capaian pendidikan untuk golongan sedia ada lebih jelas memandangkan kemampuan mereka untuk memenuhi prasyarat teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran dalam talian lebih adalah lemah (The Malaysian Insight, 30 Mei 2020).

 

Sememangnya memberi sesuatu itu lebih baik daripada tidak memberi langsung. Tetapi takkanlah pada 2021 ini kita masih berfikiran lapuk sebegitu?

 

Jika kita inginkan golongan masa hadapan lebih berpendidikan dan berfikiran jauh ke hadapan, mana logiknya dengan mengurniakan mereka dengan peranti yang teknologinya bertahun-tahun ke belakang?

 

Wan Salman Wan Sallam
Aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia
Bandar Tun Razak

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia