Teguh Bersama, Kesatuan Dalam Kepelbagaian

Teguh Bersama, Kesatuan Dalam Kepelbagaian | IKRAM

Masyarakat yang terbina daripada kaum dan agama yang berbagai-bagai (heterogeneous) semestinya akan mengalami konflik dan perseteruan yang lebih kerap dan rumit berbanding masyarakat yang acuannya bangsa sama (homogeneous).

Kepelbagaian lebih sukar diuruskan, namun kepelbagaian ini juga mampu menghasilkan kekuatan yang datang daripada kelebihan kaum masing-masing di dalamnya.

Umum maklum bahawa Malaysia tiada atau hampir tiada tandingan sebagai negara yang mempunyai beraneka budaya. Keunikan inilah yang menjadikan negara ini sering dikagumi warganegara lain dari pelbagai sisi seperti kesenian, jenis-jenis makanan dan nilai-nilai ketimuran. 

Dalam perbezaan itu juga, kita boleh dapati pelbagai titik indah dalam liku-liku kehidupan bermasyarakat di tanah air tercinta ini.

Kita dapat melihat bagaimana jaguh-jaguh sukan semasa berentap di pentas antarabangsa menyatukan rakyat yang bersorak gembira kerana berjaya mengharumkan Jalur Gemilang.

Apabila COVID-19 menular, seluruh rakyat bersatu hati membantu bukan sekadar petugas barisan hadapan, tetapi juga golongan-golongan yang terkesan dengan wabak itu. Ketika banjir melanda, rakyat menggembleng tenaga untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Menjelang Hari Kemerdekaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-59, rakyat Malaysia perlu meningkatkan penghayatan kepada akhlak murni sebagai asas perpaduan.

Terdapat lima prinsip asas seni perhubungan yang perlu ada pada setiap rakyat bagi memperbaiki integrasi kaum di negara ini:

1.  Bersedia menyelami perasaan dan memahami kaca mata pihak lain sebelum membuat kesimpulan.

2.  Bertindak dengan niat mencari solusi dan bukan untuk memenangkan hujah semata-mata.

3.  Menambah ilmu tentang sejarah negara dan latar belakang setiap kaum bagi memahami perbezaan dan memupuk sikap bersederhana dalam interaksi.

4.  Memilih dialog dan tolak ansur sebagai jalan keluar daripada konflik berbanding keganasan.

5.  Menyerahkan urusan yang melanggar undang-undang kepada pihak berkuasa dan mengelakkan hukuman jalanan. 

Rakyat marhaen secara umumnya tidak bersifat rasis dalam interaksi hari ke hari, malah biasa menggelar individu daripada kaum lain dengan gelaran hormat yang lazim dalam bahasa mereka.

Suasana ini yang perlu terus dikedepankan sebagai naratif yang utama dan dominan kepada rakyat, bukannya sengketa terpencil yang diperbesar. Masyarakat harus dibiasakan dan didedahkan secara konsisten kepada kebaikan untuk mempengaruhi corak pemikiran mereka. 

Pihak kerajaan dan ahli politik terutamanya, seperti yang dikenal pasti oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara dalam laporannya pada tahun 2015, perlu memberi teladan yang baik sebagai pemimpin rakyat dan bukan sebaliknya.

Dasar-dasar perpaduan yang digariskan oleh kerajaan hendaklah dihayati dan dilaksanakan sesuai dengan kesungguhan dan keilmuan yang dicurahkan dalam merangkanya, bukan sekadar omong kosong (lip service).

Selain itu, pihak pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh disantuni dalam usaha libat urus supaya implementasi dasar-dasar tersebut lebih berkesan. 

Langkah ke hadapan, kita perlu menyedari bahawa konflik dan perpecahan akan sentiasa wujud dan mengancam kestabilan negara ini.

Namun, adalah menjadi harapan kita bahawa mereka yang menginginkan kebaikan dan perpaduan negara cekal mengemudi dan memberi panduan terbaik kepada masyarakat yang berada dalam keregangan yang stabil (stable tension) ini apabila melalui selok-belok hidup dalam kepelbagaian.

Ini sahaja negara yang kita ada, ini yang telah dianugerahkan kepada kita. Walau kita berbeza, tetap teguh bersama.

Dr Daniel Iqram Abd Halim
Ahli Kluster Perpaduan Nasional
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia