Pendakian ini adalah salah satu usaha membantu mangsa- mangsa peperangan di Syria terutama kanak-kanak,orang tua dan wanita. Tiga wakil MyCARE ialah Noorsyazly Rameli, Azmi Katiman dan Ilyasa’ Yeong.
Program ini telah dilancarkan sejak Julai lalu serta dirasmikan oleh Dato’ Aloyah Mamat, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia serta penerangan oleh Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar di Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya.
Program mendaki puncak ‘Kinabalu for Syria 2014’ adalah kemuncak program dalam menunjukkan solidariti rakyat Malaysia dalam membantu pelarian Syria. MyCARE mensasarkan sumbangan untuk pelaria Syria ini akan disalurkan semasa musim sejuk nanti.
Para peserta telah merasai bagaimana keadaaan sejuk bersuhu rendah (4 darjah Celcius) yang benar-benar menguji kekuatan mental semasa mendaki ke puncak Kinabalu. Alhamdulillah, kesemua peserta berjaya menuju ke Puncak Kinabalu.
Musim sejuk hampir tiba. Bantuan untuk pelarian Syria boleh disalurkan kepada Tabung Kasih Ummah Syria melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 1202-9010-0635-12 atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM). E-melkan slip bayaran kepada: i4syria315@gmail.com. Swift Code (jika menyumbang dari luar Malaysia): BIMBMYKL.
Lagi foto pendakian: http://on.fb.me/1tNhlYH