Allah subhanahu wa ta’ala telah memberi hidayah kepadaku serta aku berasa gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat berikut di sini (penjara):
1. Aku telah khatam al-Quran lebih daripada 100 kali dalam bacaan solat, bacaan yang banyak mempengaruhi akalku, memandu hariku serta merubah tindakanku.
2. Aku telah mendapat ijazah dalam periwayatan Hadis al-Bukhari, ini adalah cita-citaku sejak sekian lama.
3. Aku telah membaca ratusan kitab berkenaan tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dan lain-lain yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan tempoh lima tahun untuk membaca.
4. Aku telah menulis buku berkenaan manhaj al-Quran dan tafsir, iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah da’ie qudwah di seluruh dunia.
5. Aku telah mengenali pelbagai kelompok pemuda yang beriman serta teguh keazaman dan cita-citanya. Liqa’ (pertemuan) bersama-sama mereka adalah syurga kedua di sini setelah syurga berkhulwah (bersendiri) bersama Allah subhanahu wa ta’ala.
6. Aku telah dikurniakan mereka yang berada di sekelilingku yang aku merasakan mereka seperti adik beradik, saudara kandungku.
7. Aku bernazar untuk berpuasa pada siang hari sepanjang aku di sini kerana aku yakin doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak serta sentiasa mustajab.
8. Aku berdoa setiap malam sebelum aku tidur supaya Allah subhanahu wa ta’ala tidak mengharamkan dalam mimpiku apa yang dihalang untuk besi penjara ini. Lalu Allah subhanahu wa ta’ala menerima doaku ini sehingga aku bermimpi menunaikan solat di masjid, menziarahi persatuan Islam di serata dunia. Timur dan Barat, menghadiri perbincangan syarah serta ilmiah di pelusuk dunia.
9. Aku menjaga kesihatan makan minumku serta aku melakukan riadah harian hinggakan aku yakin sebahagian rutin riadahku tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berumur 20-an.
Tidaklah penjara bagiku melainkan aku berasa ianya memberi kebaikan pada kami dan keburukan pada mereka (orang-orang zalim), mengangkat darjat kami dan terus menghina kedudukan mereka.
Penjara bagiku telah mengurniakan dua cahaya bagiku iaitu cahaya kesabaran itu suatu perkara yang indah serta cahaya kesabaran itu dengan terus teguh istiqamah.
Bergembiralah wahai saudaraku, ahli keluargaku, sesungguhnya cita-cita mendahului perbuatan, maka sesungguhnya kemenangan itu hampir. Demi Allah, aku tidak pernah berdoa untuk kamu siang dan malam sebanyak mana seperti yang aku doakan di dalam penjara ini, aku merasakan tempoh bilangan doa sebegini adalah seperti 10 tahun jika aku di luar sana. Lalu janganlah kamu lupa berdoa untuk kami yang dizalimi di sini.
16 November 2014
Syeikh Dr Solahuddin Sultan
Â
Sumber: http://on.fb.me/1roRPhO