Tanah runtuh di Bukit Beruntung: i-Bantu Hulu Selangor pantas hulur bantuan

Kejadian bermula selepas hujan lebat berterusan di kawasan Bukit Beruntung pada petang Isnin lalu menyebabkan kejadian tanah runtuh yang melibatkan kawasan Blok K dan L Apartmen Teratai.

Semua penduduk kedua-dua blok tersebut diarahkan mengosongkan rumah masing-masing pada malamnya dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1.  Pada masa yang sama, i-Bantu yang diketuai Ir Hj Ariffin Abdul Manaf telah turun memberikan bantuan berupa makanan di pusat perpindahan.

Bantuan makanan, tinjauan dan mesyuarat bersama agensi-agensi kerajaan

Keesokannya, pasukan i-Bantu turut sama membuat tinjauan dan mesyuarat bersama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi lain dalam memberi laporan terkini serta mencari jalan untuk membantu mangsa.

Keadaan tanah runtuh, operasi pembungkusan dan barang-barang bantuan

Pada Rabu, ahli-ahli IKRAM membantu operasi membungkus bantuan telah dilakukan di Pejabat IKRAM Hulu Selangor dan telah diagihkan kepada keluarga mangsa di pusat perpindahan semalam. Agihan semalam melibatkan 18 orang ahli IKRAM Hulu Selangor dengan membawakan sebanyak 232 goodie bag yang mengandungi barangan keperluan asas, 30 keping tilam nipis, 30 helai selimut dan 30 helai tuala.

Bantuan sedang diagihkan

Bantuan terus diberikan kepada ketua keluarga mangsa, yang diketuai oleh Cikgu Kamarul Zaman Noor Mohamed selaku Ahli Jawatankuasa Daerah serta Haji Ramle Mey, Setiausaha Kerja IKRAM Hulu Selangor. Beberapa orang remaja darpada IKRAMTeens serta mahasiswa yang sedang bercuti turut tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.

Aktivis-aktivis i-Bantu yang terlibat

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia