Taman Jajar: Sinergi komuniti dalam memelihara alam sekitar

Manakan tidak, Sungai Ara yang mengalir jernih dengan ikan-ikan dan udang di dalamnya, di sepanjang taman perumahan  ini telah dianugerahkan sebagai sebagai sungai terbersih di Malaysia pada tahun 2015.

 

Keindahan Taman Jajar ini juga dapat dilihat dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang indah termasuk bunga sakura yang mekar di sekitar taman. Keadaan yang sangat mesra alam ini secara tidak langsung mengundang kembali burung-burung dan haiwan-haiwan lain hingga menjadi sebuah hab biodiversiti yang penting di negeri Pulau Pinang.

 

Taman Jajar juga terkenal sebagai sebuah kawasan kejiranan yang selamat dengan kadar jenayah yang paling rendah dan mempunyai kualiti udara yang terbaik.

 

Namun tahukah anda, bahawa pencapaian ini tidak dicapai dalam tempoh yang singkat, bahkan ia memerlukan usaha yang keras daripada pelbagai pihak.

 

Pada tahun 2012, keadaan di Taman Jajar sangat teruk, anak sungai dibiarkan busuk dan kotor dengan sisa-sisa buangan dari kandang lembu berdekatan, hingga tiada siapa mahu datang mendekati kawasan ini.

 

Bahkan pada waktu itu, tiada yang berani menegur pemilik kandang tersebut kerana risau akan menerima gangguan daripada samseng dan orang-orang mabuk yang turut melepak di kawasan kandang.

 

Oleh sebab itu, para penduduk dengan objektif yang sama, telah berganding bahu untuk mengubah keadaan Taman Jajar.

 

Walaupun masing-masing datang daripada kaum dan latar belakang yang berbeza, mereka berbincang bersama mengenai keperluan untuk mendapat persekitaran yang bersih dan selesa dengan udara yang segar, yang mana ini merupakan objektif asal projek ini.

 

Pada mulanya, usaha mereka dipandang rendah pihak berkuasa, dan ini bermakna mereka perlu banyak mengeluarkan kos perbelanjaan menggunakan duit mereka sendiri.

 

Namun setelah sedikit demi sedikit perubahan terzahir, pihak berkuasa telah bersetuju untuk bekerjasama dan menubuhkan sebuah taskforce, yang ini terdiri daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Daerah Seberang Perai, Jabatan Alam Sekitar, Indah Water Konsortium, dan Pejabat Kesihatan Daerah.

 

Penduduk Taman Jajar mencuba sebaik mungkin untuk mengekalkan unsur semula jadi dalam membangunkan taman ini. Terdapat beberapa percanggahan pendapat antara persatuan penduduk dan juga pihak berkuasa.

 

Tindakan pihak berkuasa yang ingin meluruskan Sungai Ara hingga terlihat seperti sebuah longkang besar menerima tentangan hebat penduduk. Mereka mahukan keadaan sungai yang semula jadi dengan aliran yang berlekuk-lekuk dan berlantaikan pasir sungai semulajadi, bukan simen.

 

Para penduduk juga menekankan bahawa pokok-pokok bunga yang hendak ditanam hendaklah daripada pelbagai jenis dan warna bagi menggalakkan kehadiran serangga-serangga kecil pelbagai jenis sebagai agen pendebungaan.

 

Setelah bertungkus-lumus, mereka berjaya memulihkan sungai yang sangat busuk dan kotor kepada sebuah habitat ekosistem yang memberi manfaat kepada semua masyarakat.

 

Suasana positif ini telah berjaya menarik minat masyarakat daripada pelbagai kaum sekitar Pulau Pinang untuk beriadah dan mengadakan beberapa aktiviti bersama-sama di sini seperti zumba, berkelah, acara larian, dan perhimpunan penduduk. Tidak hairanlah Taman Jajar dikenali sebagai kawasan yang harmoni.

 

Namun kini, Taman Jajar menerima sebuah ancaman baru iaitu pembinaan lebuh raya Pan Island Link (PIL), salah sebuah lebuh raya di bawah projek Penang Transport Master Plan (PTMP).

 

Menurut perancangan, mereka akan meluruskan sungai sedia ada, dan membina sebuah lebuh raya bertingkat di atasnya. Lebih merisaukan,  lebuh raya ini juga akan merentasi kawasan-kawasan rumah ibadat seperti masjid, kuil, gereja dan tokong, kampung-kampung tradisi dan kawasan komersial.

 

Seperti yang kita tahu, lebuh raya memang diketahui dengan suasana yang bising dengan bunyi kenderaan dan asap yang dibebaskan sangat mengganggu. Oleh sebab itulah para penduduk setempat membantah sekeras-kerasnya projek ini.

 

Kawasan berbukit juga akan ditembusi oleh terowong-terowong jalan raya dan ini amat merisaukan kita kerana ianya akan mengakibatkan lebih banyak bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.

 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menunjukkan sokongan kepada penduduk Taman Jajar dan masyarakat sekitar Pulau Pinang untuk membantah projek ini. Semangat yang wujud dalam kalangan penduduk Taman Jajar ini wajar kita contohi.

 

Kita boleh aplikasikan tindakan ini dalam usaha membaik pulih kawasan-kawasan hutan yang telah terganggu oleh pembangunan manusia dengan menanam semula pokok-pokok, menggalakkan kehadiran serangga agen pendebungaan, yang secara tidak langsung menjemput lebih banyak burung sehingga kestabilan ekosistem mula tercapai.

 

Seterusnya, kita dapat simpulkan bahawa masalah perubahan iklim ini benar-benar berlaku dan tindakan kita yang sering mengabaikan alam sekitar sebenarnya lebih mempercepatkan perubahan iklim ini untuk terjadi. Namun, dengan usaha semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama, kita pasti boleh menuju kehidupan yang lebih sejahtera.

 

Nizam Rahman
Aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia
Delegasi Malaysia bagi ASEAN + 3 Youth Environmental Forum 2019

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia