Pemergian Almarhum merupakan suatu kehilangan besar kepada generasi pemuda yang rindukan penegakan Islam khususnya kepada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Kami mendoakan agar beliau termasuk dalam kalangan golongan yang diungkapkan dalam Surah al-Ahzab ayat 23:
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun.”
Semoga Allah menerima segala amalan beliau dan memberi kesabaran kepada keluarga Almarhum untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan mencapai redha Allah.
Haji Shahrul Aman Mohd Saari
Naib Presiden
Pengerusi JK Belia dan Remaja
Pertubuhan IKRAM Malaysia