Tahun 2020: Harapan dan Cabaran

Kita berazam antaranya ingin melihat Malaysia maju ke hadapan, generasi baru pula akan lebih ke hadapan dari sudut kefahaman, peranan, meninggalkan impak kepada lingkungannya dan lingkungan yang lebih luas daripada itu, iaitu kepada dirinya sendiri dan masyarakat.

 

Begitu juga kepemimpinan yang akan diperolehi, akan lahir pada masa depan, kepemimpinan yang jauh lebih berwibawa, jauh lebih berupaya untuk mendepani cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh negara, mengatasinya dengan sebaik-baiknya serta memacu negara maju ke hadapan dengan jayanya.

 

Berkaitan dengan peranan anak-anak muda, sama ada yang masih solo atau yang telah berkeluarga, mereka mestilah memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat sebagai contoh kepada masyarakat umum, begitu juga contoh kepada keluarga masing-masing.

 

Jadi, mereka ini perlu mengangkat diri mereka sendiri dan cemerlang dalam bidang ilmu pengetahuan, keperibadian, karier, begitu juga dalam penampilan di tengah-tengah masyarakat.

 

Mereka juga perlu ikut serta turun di medan, melakukan dan membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat yang menjadi golongan dalam lingkungan mereka, agar masyarakat ini memiliki jati diri yang jauh lebih kuat pada masa depan, kemudian memiliki keazaman yang jauh lebih tinggi untuk menggapai matlamat-matlamat yang mulia dalam kehidupan.

 

Lihatlah seluruh perkara (atau masalah) itu sebagai cabaran. Dan bagi seorang Muslim itu ada dua pendirian sahaja; apabila berdepan dengan cabaran, ia sabar, apabila berdepan dengan nikmat yang diperolehi, ia bersyukur.

 

Berpeganglah kepada dua bentuk pendirian ini, ia akan boleh menghadapi semua situasi yang akan ia temui pada masa depan, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia