Tahniah Prof. Dr. Hatta, Pengerusi DBP baharu

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu.

Prof. Dr. Hatta, 66, anak kepada seorang tokoh guru, sejarawan dan budayawan Johor, Shaharom Husain telah mendapat pendidikan di Sekolah Dato ‘ Jaafar, Johor Bahru dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, dan mempunyai Diploma Pemikiran Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM telah menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Cairo University, Mesir, psikiatri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan psikiatri forensik di Monash University, Australia.

Beliau pernah menjadi editor Jurnal Psikiatri Malaysia, Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Timbalan Presiden IKRAM dan mengetuai misi bantuan bencana MERCY Malaysia di Afghanistan dan Iran.

Beliau juga adalah bekas Profesor dan Ketua Jabatan Psikiatri serta Ahli Senat UKM, sebelum menjadi Naib Presiden Kanan (Akademik) dan Dekan, Fakulti Perubatan, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Beliau adalah Felo Akademi Perubatan Malaysia dan Felo Kanan Pacific Rim College of Psychiatrists.

Prof. Dr. Hatta dan isterinya, seorang doktor mempunyai enam orang anak dan enam orang cucu. Penulisan-penulisan beliau berkisar daripada topik mengenai psikiatri kepada isu-isu sosio-agama dan kemanusiaan.

Dengan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola, IKRAM berharap DBP akan dapat terus diperkasakan untuk memartabat dan mengembangkan lagi penerbitan-penerbitan Bahasa Melayu dan kesusasteraan yang disegani, kontemporari dan berkualiti, insya-Allah.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia