Tahniah Datuk Hakimah, Ketua Pengarah JAKIM baharu

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkuat kuasa pada 21 Mac 2022.

 

IKRAM mengalu-alukan pelantikan bersejarah ini yang menyaksikan Ketua Pengarah JAKIM pertama kali diterajui wanita.

 

Dengan rekod prestasi yang cemerlang berkhidmat selama 30 tahun, IKRAM yakin beliau mampu membawa JAKIM ke mercu kejayaan yang lebih tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

IKRAM sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memantapkan institusi negara melalui kepimpinan yang berwibawa dan tadbir urus yang baik.

 

Didoakan semoga YBhg Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff diberikan kekuatan dan barakah dalam menggalas tanggungjawab yang amat penting dan bermakna ini.

 

Prof. Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Pemangku Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia