Tahniah Dr Fauziah Mohd Hasan

IKRAM mengucapkan tahniah kepada Dr Hjh Fauziah Mohd Hasan kerana terpilih sebagai Setiausaha Agung Global Women’s Coalition for El Quds and Palestine. 

Pemilihan ini diumumkan dalam Persidangan Perintis Baitul Maqdis dan Palestin ke-10 yang telah berlangsung pada 11-13 Oktober 2018 di Istanbul.

Turut terpilih adalah Dr Omaima al-Tijany dari Sudan sebagai Presiden dan Jabbarya Soltany dari Algeria sebagai Naib Presiden gabungan antarabangsa tersebut.

Dr Fauziah adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan peserta tunggal Malaysia yang menyertai Women’s Boat to Gaza (WBG) pada tahun 2016. 

IKRAM mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan amanah kepada Dr Fauziah. Semoga pemilihan ini mampu melonjakkan perjuangan pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin di pentas global, insya-Allah.

Pejabat Penerangan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia