Tahniah atas pengisytiharan cuti hari Jumaat – IKRAM Johor

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Cawangan Negeri Johor mengucapkan tahniah dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor atas pengisytiharan Jumaat dan Sabtu sebagai hari-hari cuti umum mingguan di negeri Johor Darul Takzim bermula pada Januari 2014 nanti.

Cuti mingguan pada hari Jumaat amat besar ertinya dalam usaha menjunjung syiar Islam di Negeri Johor ini, dan amat bermanfaat bagi membolehkan umat Islam membuat persiapan menjalankan ibadah pada hari Jumaat dengan lebih tenang dan sempurna.

Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan para bapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dengan pemerhatian mereka secara langsung.

2.    Sehubungan dengan itu, IKRAM Negeri Johor berharap agar ketetapan cuti pada hari Jumaat itu dilaksanakan oleh semua pihak di negeri ini, bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga merangkumi semua sektor swasta dan institusi kewangan.

Hal ini adalah untuk memastikan kemuliaan hari Jumaat itu dapat dikecapi oleh semua umat Islam daripada pelbagai sektor pekerjaan, di samping menjamin keharmonian dan kebersamaan keluarga yang mengandungi anggota daripada kedua-dua sektor awam dan swasta dengan cuti mingguan yang seragam.

3.    IKRAM Negeri Johor juga menyeru agar pihak kerajaan terus berusaha menegakkan aspek-aspek lain dalam syariat Islam untuk dilaksanakan di Negeri Johor Darul Takzim ini, agar kita sama-sama mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t., sesuai dengan firman Allah:

“Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!” [Saba’ 34:15]


4.    Sebagai kesinambungan daripada ketetapan berani yang telah diambil oleh Negeri Johor ini, IKRAM Johor menyeru agar Kerajaan Persekutuan juga mengambil keputusan yang sama untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti mingguan bagi seluruh negara, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan dengan hasrat untuk memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari dan untuk memudahkan umat Islam seluruh negara bersama-sama membesarkan dan memuliakan hari Jumaat dengan amal ibadah.

Terima kasih, wassalam.

Prof Madya Hj Ainullotfi bin Dato’ Seri Abdul Latif,
Yang Dipertua
Pertubuhan Ikram Malaysia
Cawangan Negeri Johor

23 November 2013
19 Muharram 1435

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia