Muzakarah Belia IKRAM Selangor
SHAH ALAM – Muzakarah Belia IKRAM Negeri Selangor telah selesai bersidang di Pejabat IKRAM Shah Alam pada Sabtu, 24 April 2011 yang lalu. Sebanyak 45 perwakilan belia IKRAM daerah menyertai program muzakarah kali ini daripada sembilan daerah di negeri Selangor. Muzakarah dirasmikan oleh Norazmi Mat Noh selaku Ketua Unit Belia IKRAM Pusat dan diteruskan dengan Pembentangan Pelan Strategik Belia IKRAM Selangor oleh Ketua Pemuda IKRAM Selangor, Shahrul Aman Shaari.
MUBIN wadah kesatuan jaringan usahawan
SERI KEMBANGAN – 27 Mac 2011 menjadi satu tarikh istimewa buat Persatuan Jaringan Bisnes Muslim Malaysia (MUBIN) apabila pada hari tersebut, persatuan yang baru diluluskan pendaftarannya pada 10 Disember 2010 lepas berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama.