Syria: Kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan

Program telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Ustaz Abdul Rahman Sayuti dan dipengerusikan oleh DJ Salamfm 91.1, saudara Nasri Nasir. 

“Pembangunan Syria sangat memerlukan bantuan-bantuan daripada masyarakat dunia, bukan hanya rakyat Syria sahaja,” ujar Sheikh Abdullah Rahhal, Pengerusi Yayasan al-Ahbab al-Insaniyyah memulakan bicara dengan mengupas bahawa konflik yang berlaku di Syria adalah realiti dan bukanlah propaganda.

    

Sheikh Abdullah Rahhal, Sheikh Mahmoud Dahla dan Ustazah Siti Sakinah

Dalam pada itu, Sheikh Mahmoud Dahla, Pengetua Maahad Allamah Abdul Razzaq al-Halabi menambah bahawa ideologi-ideologi Syiah juga disebarkan manakala Ahli Sunnah Wal Jamaah dihapuskan secara halus.

“Konflik ini akan berakhir dan kebenaran pasti akan mengatasi kebatilan. Apa yang kita perlukan adalah keyakinan dan kesabaran yang tinggi serta usaha untuk mempersiapkan generasi akan datang,” tambah beliau yang telah berkhidmat selama 25 tahun sebagai khatib di masjid-masjid sekitar Damsyik. 

Seterusnya Pengerusi Syria Care Malaysia, Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki berkongsi inspirasi kepada audiens melalui kisahnya, bagaimana titik permulaan beliau sebagai sukarelawan sanggup mengorbankan jiwa dan harta demi membantu saudara-saudara di Syria sejak tahun 2012 sehingga sekarang.

    

Chris Lau, Nazri Kahar dan Syed Radhi

Program disambung dengan cerita seorang anak muda yang berbangsa Cina, Chris Lau yang mempunyai pengalaman ke zon perang Syria sebanyak tiga kali sebagai wartawan bebas.

Beliau turut berkongsi pengalaman melihat dengan mata kasarnya pengeboman yang berlaku serta kekejaman rejim Assad dan Russia.

Dalam perkembangan berkaitan, Penganalis, Penerbit Eksekutif dan Wartawan Astro AWANI, Hj Nazri Kahar mengupas idea-idea kritis dan ‘check and balance’ darpadai skop orang awam dan kewartawanan supaya rakyat Malaysia terutamanya turut terlibat dalam membangunkan masa depan Syria yang lebih terjamin.

Majlis diakhiri dengan ulasan-ulasan daripada Ar. Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE dan penulis buku ‘10 Salah Faham Terhadap ISIS’ mengenai fikrah-fikrah ISIS yang bertentangan dengan agama Islam.

    

Sidang media, mini teater dan sebahagian peserta yang hadir

Sebelumnya, dalam Sidang Media ‘7 Tahun Bencana Kemanusiaan di Syria’, Pengerusi MyCARE yang juga Pengerusi Gabungan NGO Kemanusiaan Syria, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor mengecam tindakan pembunuhan orang awam Syria yang dilakukan oleh semua pihak yang bertelagah di Syria yang mengakibatkan kematian 420,000 nyawa.

“Saya menggesa penjenayah yang bertanggungjawab dalam pembunuhan orang awam Syria dibawa ke muka pengadilan kerana pencabulan undang-undang antarabangsa seperti serangan kimia, kepungan dan jenayah seksual.”

Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh peserta yang hadir ke simposium tersebut.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang hadir membuat liputan serta menyalurkan isu-isu kemanusiaan Syria ini kepada orang ramai. Penghargaan juga kepada para penaja dan sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan program ini.”

Para peserta turut dihiburkan dengan pementasan mini teater daripada Sekutu Ghuraba dan flashmob daripada The Hustler’s ZONE.

Sumber: FB i4SYRIA

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia