Syahadah kita sama, mengapa mesti bersengketa?

Sudah tentu perpaduan umat Islam mesti didasarkan kepada ajaran Islam, bersatu atas dasar akidah dan merapatkan saf sesama Muslim untuk mendaulatkan Islam dalam kehidupan dan hidup bernegara. Bersekutu bertambah mutu, bersatu teguh, bercerai roboh.

 

Perpaduan umat Islam sangat penting kerana menjadi saf dan tulang belakang kepada negara ini dan perpecahan akan membahayakan kepentingan Islam yang sekian lama terpelihara. Syahadah sama tetapi sentimen berbeza, mengapa kian menebal? Berbeza pendapat tidak mengapa, asalkan tidak lari daripada kitab al-Quran, sunnah dan jumhur atau ijmak ulama.

 

Senario di Malaysia ada dua punca utama yang perlu diberi perhatian dan ditangani mutakhir ini bagi mengelakkan pergeseran kaum dan agama iaitu politik serta media sosial. Sesetengah ahli politik bermain dengan sentimen perkauman dan keagamaan serta yang kedua ialah media sosial. Jadi kedua-dua ini adalah antara faktor yang mampu menggugat keharmonian kaum di negara ini.

 

Fahaman politik yang dicanang oleh politikus untuk meraih pengaruh dan sokongan mengundang bahaya dalam perpaduan umat Islam. Untuk mengaut ikutan yang kuat, amat mudah menggunakan sentimen agama dan kaum. Menuduh pihak tertentu tidak islamik, pihak itu liberal, pihak ini sosialis, sekular, Wahabi, Syiah dan sebagainya. 

 

Tuduhan tidak berasas menimbulkan syak wasangka dalam kalangan orang Melayu khasnya atau umat Islam umumnya. Situasi ini akan melonggarkan atau meleraikan hubungan silaturahim sesama kita.

 

Masalah ini ditokok tambah pula apabila ada golongan pelampau daripada pertubuhan tertentu menggunakan isu-isu berkaitan kaum dan agama sambil memberikan pandangan ekstrem sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada kaum lain. Sikap ahli politik atau pihak tertentu yang melempar batu sembunyi tangan amat memudaratkan masyarakat majmuk di Malaysia, apatah lagi orang-orang Islam.

 

Hujah-hujah semasa berkempen pilihan raya atau untuk kekuatan pengaruh parti mestilah lebih akademik, berfakta dan beretika agar keharmonian masyarakat terjaga dan terpelihara syahadah kita. Bukan hanya kepentingan kuasa dan jawatan yang lebih menjurus kepada sikap individualistik serta materialistik, malah menjadikan kejumudan masyarakat serta menyemarakkan fahaman asabiyah.

 

Faktor perdana yang menjadi pemangkin masalah ini ialah media sosial. Media yang seiring dengan perkembangan teknologi ini seolah-olah seperti menyemarakkan lagi fenomena fitnah.

 

Dengan mudahnya media sosial ini digunakan untuk menyebar kebencian terhadap sesuatu pihak atau sesuatu kaum, membuka aib pihak lawan dengan seluas-luasnya, menularkan kelemahan individu, perkumpulan tertentu, parti tertentu dengan sekelip mata tersebar ke seantero dunia.

 

Kuasa viral memang hebat, mudah mempengaruhi malah merasuk minda dan jiwa netizen. Sensasi fitnah, dakyah atau khabar angin ini ibarat virus Covid-19, mudah tersebar dan mengancam manusia.

 

Musuh-musuh Islam akan menggunakan peluang daripada perpecahan umat Islam untuk melemahkan ummah yang akhirnya menjadikan kita seperti bidak di papan catur untuk diatur serta diuruskan mereka. Firman Allah SWT bermaksud:

 

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak, nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.” (Al-Anfal: 46)

 

Perkara ini telah diperintahkan seperti firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud:

 

“Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (Islam), jangan berpecah-belah, dan ingatlah ketika kamu berada di jurang api neraka (disebabkan perpecahan), maka Allah menyelamatkan kamu dengan nikmat persaudaraan. Demikian Allah menerangkan pada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu beroleh petunjuk.”

 

Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: Janganlah kamu berselisih faham, kerana orang terdahulu telah binasa disebabkan berselisih faham.”

 

Sebagaimana kita rancak berkempen untuk perpaduan pelbagai kaum di negara ini demi membina negara kuat, maju dan dihormati, lebih utama juga kita mengajak majoriti penduduk negara ini dalam kalangan umat Islam agar bersatu padu. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk.

 

Ingat, syahadah kita sama, kiblat kita sama. Bersekutu bertambah mutu. Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.

 

Abd. Aziz Ishak
Pesara (Pensyarah)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia