Kompeni D meraih 1,175 markah sementara Kompeni B (Bravo) bagi rumah Hijau (Khadra’) menjadi naib juara dengan 1,079 markah. Tempat ketiga dimenangi oleh Kompeni A (Alpha) bagi rumah Biru (Zarqa’) dengan 989 markah dan tempat keempat jatuh kepada Kompeni C (Charlie) bagi rumah Kuning (Safra’) dengan markah sebanyak 843.
YDP PIBG sekolah bersama wakil pemenang setiap rumah sukan
Uniknya sistem kompeni ini, markah yang dikumpul sewaktu sukan tahunan akan dibawa ke penghujung tahun dan akan dinilai keseluruhannya untuk diberikan pengiktirafan sebagai kompeni terbaik sepanjang tahun.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah SUTKOM 2016 telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMIH-MTQH, Dr Hj Abdul Rahman Mohamed. Turut hadir Pengetua SMIH-MTQH, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir.
Sukan tahunan yang telah berlangsung di padang SMIH-MTQH padat dengan aksi bertenaga, penuh warna-warni dan meriah ini di mana ia dirasmikan oleh Pegawai Unit Sukan dan Permainan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Kasmizan Kasmudin. Aktiviti sukan telah dimulakan dengan persembahan kawad oleh setiap kontijen rumah sukan dengan pelbagai tema, gaya serta persembahan yang sangat kreatif.
Majlis perasmian SUTKOM 2016
Selain penyertaan 670 orang pelajar, sukan tahunan ini turut mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMIH dan MTQH. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah pertandingan merentas desa, badminton, bola jaring, ping pong, bola tampar, sepak takraw, tarik tali dan sukaneka.
Sukan ini juga turut melibatkan pertandingan persahabatan antara ibu bapa dan alumni menentang guru dan kakitangan sekolah dalam acara bola sepak, bola jaring dan bola tampar.
Dalam pertandingan ini, pasukan kakitangan dan guru lelaki mengalahkan ibu bapa dalam bola sepak (4-1) dan bola tampar (2-1) sementara skuad bola jaring ibu menewaskan kakitangan dan guru wanita dengan 2-1.
Mewakili PIBG sekolah, Dr Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam menjayakan SUTKOM 2016 ini dan berpuas hati dengan perjalanan hari sukan yang bertujuan mengeratkan ukhuwah antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa.
Sumber foto: FB Hira’ Jeram | FB KRS Musleh Hira’