Reformasi Dasar Dadah: IKIM, IAIS Positif Teroka Kerjasama

Reformasi Dasar Dadah: IKIM, IAIS Positif Teroka Kerjasama | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama rakan strategik daripada Yayasan AIDS Malaysia dan Drug Policy Program Malaysia (DPPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam.

Mereka turut mengikuti sesi perbincangan bersama Pengarah Penyelidikan Unit Pengurusan Penyelidikan IKIM, Dr Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, berkaitan keperluan reformasi dasar dadah dan pengalihan daripada hukuman penjara kepada rawatan perubatan berasaskan nilai ihsan dan kemanusiaan.

IKRAM yang diwakili oleh Naib Presiden IKRAM, Dr Sabariah Baharun bersama Puan Faridah Maludin merangkap Ketua Kumpulan Fokus Advokasi Dadah, turut membincangkan pendekatan holistik dalam menangani isu penyalahgunaan dadah termasuk dekriminalisasi (nyah jenayah), kepentingan usaha kesedaran dan pencegahan dipertingkatkan.

Kunjungan hormat tersebut telah mencapai persetujuan untuk meneroka kerjasama penyelidikan lanjut berhubung ancaman dadah terkini di Malaysia, selain menyambut baik cadangan penganjuran muzakarah, wacana meja bulat atau seminar bagi membina naratif Islam yang lebih menyeluruh, inklusif dan dapat diterima oleh masyarakat pelbagai agama.

Delegasi IKRAM, Yayasan AIDS Malaysia dan DPPM, bersama Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) turut mengunjungi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) yang menumpukan perkongsian perkembangan inisiatif Kertas Dasar “Ke Arah Polisi Dadah Berteraskan Rahmah dan Maqasid Syariah”.

Kunjungan yang dihadiri Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin itu juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada IAIS mengenai usaha memperkukuh pendekatan dasar yang berteraskan rahmah, maqasid syariah, rawatan dan pemulihan. 

Dalam sesi perbincangan dua hala proaktif yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IAIS Malaysia, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan CEO, Dr Ahmad Badri Abdullah, ia telah membuka peluang untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang wacana dan advokasi dasar.

Pihak IAIS juga bersetuju untuk membantu merangka dan menambah baik kertas dasar sedia ada, selain menyambut baik cadangan penganjuran wacana meja bulat atau forum perdana bagi memperkukuh wacana berhubung reformasi dasar dadah di Malaysia.

Mengakhiri pertemuan tersebut, Dr Syed Azman merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat yang diadakan serta menyatakan kesediaan IAIS Malaysia untuk menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia