Sumbangan tertinggi untuk IKRAM

Pengerusi Yayasan Buruj, Hj Idris Omar menyerahkan sumbangan itu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat IKRAM di sini.

Menurut beliau, ini merupakan sumbangan tertinggi yang pernah disalurkan untuk IKRAM dan institusinya yang sentiasa menjadi pilihan yayasan itu dengan melahirkan keyakinan terhadap segala usaha yang dilakukan IKRAM dalam pelbagai medan amal.

Dalam majlis itu, IKRAM yang diwakili Bendahari, Dr Hj Mohd Alauddin Mohd Ali menzahirkan ucapan terima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan daripada yayasan itu dan menyatakan komitmen untuk memanfaatkan sumbangan tersebut dengan sebaik-baiknya dalam dakwah, tarbiah dan kebajikan.

IKRAM telah menerima RM170,000 manakala selebihnya diberikan kepada institusi-institusi IKRAM yang terlibat dalam isu kemanusiaan luar negara, dakwah kepada bukan Islam dan aktivisme anak muda.

Institusi IKRAM iaitu Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) masing-masing menerima RM150,000 manakala IKRAM Muda menerima RM30,000.

MyCARE diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, HCF diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj Nicholas Sylvester dan IKRAM Muda diwakili Pengurus Jabatan Orang Muda, Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan.

Turut hadir dalam majlis itu Timbalan Pengerusi Yayasan Buruj, Hjh Maziyah Hj Hassan dan juga pegawai eksekutif yayasan tersebut, Pn Sabrina.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia