Sumbangan dalam Ops Ihsan: IKRAM Terima Penghargaan

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama NGO-NGO dalam Ops Ihsan telah menerima sijil penghargaan sebagai rakan kerjasama dalam usaha-usaha kemanusiaan Palestin oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra di sini pada Rabu, 3 Julai 2024.

Sijil tersebut disampaikan kepada Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari yang juga merupakan Ketua Misi Keterlihatan Ops Ihsan bersama Ketua-ketua Misi lain yang mewakili semua NGO dalam Ops Ihsan, ketika Majlis Pelancaran Inisiatif Kemanusiaan untuk Palestin.

Majlis ini telah melancarkan kolaborasi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bersama TNG Digital Sdn Bhd, program Misi 1 juta Pek Makanan dan Daging Korban ke Bumi Palestin oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia.

Dato’ Seri Mohamad berkata, AAKRP sehingga kini mengumpul sebanyak RM98.8 juta dan daripada jumlah itu, RM35 juta telah disalurkan kepada pertubuhan antarabangsa di bawah PBB seperti United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) dan Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA).

Tegas beliau, Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal,

Menurutnya, adalah menjadi harapan Malaysia agar rakyat Palestin dapat balik ke kampung halaman masing-masing dan sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin.

“(Kita) harap sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin dan rakyat dapat kembali ke tanah air mereka mengikut garis sempadan sebelum 1967.”

“Ini harapan seluruh masyarakat antarabangsa agar isu Gaza dapat diselesaikan.”

Tambahnya, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijadual September ini akan menjadi pentas utama untuk menyuarakan dan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.

“Kita (Malaysia) mahu supaya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penghakiman sementara oleh mahkamah keadilan antarabangsa itu dikuat kuasa, cadangan tiga fasa gencatan senjata oleh Amerika yang diterima semua pihak,” jelasnya.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kemanusiaan untuk Palestin adalah Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, Pengerusi Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP), Pn Zuraidah Kornain dan wakil NGO-NGO dalam Ops Ihsan.

Semoga kerjasama antara NGO, semua kementerian dan agensi kerajaan serta swasta dan rakyat Malaysia akan terus diperkukuhkan dalam semangat kebersamaan membantu dalam isu Palestin ini, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia