Benarkah Islam agama yang suka berperang?

Islam adalah satu cara kehidupan yang lengkap merangkumi tuntutan dunia dan akhirat.

 

Ini bermakna, Islam bukan sahaja mementingkan bab solat, puasa, zakat dan lain-lain bahkan Islam juga mengajar para penganutnya untuk memelihara kesejahteraan, mewujudkan suasana keharmonian dan menegakkan keadilan merentasi warna kulit, kaum dan agama.

 

Bahkan, dalam kebanyakan hal, Islam sentiasa menyeru kepada kedamaian dan keamanan.

 

Namun, akibat daripada tindakan segelintir kecil umat Islam yang telah salah memahami makna jihad sebenar, telah mencerminkan suatu persepsi buruk bahawa Islam agama yang suka berperang.

 

Persepsi buruk ini bertambah teruk apabila permainan media asing yang bagai mencucuh api di atas minyak, membuatkan persepsi buruk terhadap Islam semakin hebat hingga mewujudkan fenomena Islamofobia.

 

Persoalannya, benarkah Islam suatu agama yang suka berperang? Kekeliruan umat Islam terhadap makna jihad sedikit sebanyak telah mempengaruhi tindakan yang melampaui dan bukan daripada ajaran Islam sebenar.

 

Perkataan ‘jihad’ adalah kata nama daripada kata jahada, jihadan dan mujahadatan. Perkataan jihad membawa maksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang pada kebiasaannya adalah matlamat yang baik.

 

Menurut Ibnu Taimiyyah dalam kitab al-Ikhtiyarat li al-Ba’li, ketika beliau memberikan definisi berkenaan jihad, menyatakan bahawa:

 

“Jihad itu merangkumi segala bentuk ketaatan yang zahir dan batin. Antara bentuk jihad batin adalah cinta kepada Allah, tulus hati serta ikhlas kepada-Nya, bertawakal kepada-Nya, menyerahkan jiwa dan harta kepada-Nya, sabar, zuhud dan sentiasa berzikir kepada Allah. Antara bentuk jihad juga adalah dengan tangan, dengan hati dan dengan berdakwah dengan hujah yang bernas. Selain itu, jihad juga wujud pada bentuk perkataan, sumbangan pendapat, pemerintahan yang baik, perindustrian, perekonomian dan lain-lain.”

 

Makna jihad dengan anggapan mengangkat senjata merupakan makna yang lebih masyhur dan terkenal dalam kalangan masyarakat hari ini. Jihad tersebut adalah jihad menentang orang bukan Islam.

 

Terdapat banyak ayat al -Quran dan hadis Nabi yang menjelaskan tentang kelebihan, syarat dan disiplin jihad ini. Setiap jihad berperang atas jalan Allah, mempunyai syarat dan disiplinnya yang tersendiri, bukan dengan mengangkat senjata membuta tuli semata-mata.

 

Di sebalik fenomena salah faham tentang Islam pada hari ini, kita dapat melihat betapa ramai manusia yang cuai dan tidak cermat dalam memahami makna jihad sebenar.

 

Kita juga dapat melihat banyaknya gerakan Islam yang tidak melazimi disiplin sehingga telah mencemarkan imej Islam sebenar. Kenyataan dikeluarkan oleh mereka membawa ketakutan pada orang bukan Islam, bagaikan hilang sifat rahmah Allah terhadap para hamba-Nya.

 

Sebenarnya jihad adalah merupakan suatu konsep yang tidak semestinya membawa makna peperangan. Konsep jihad adalah luas. Jihad adalah seruan kebebasan. Jihad adalah mempertahankan kebenaran dan mengajak manusia menerimanya berdasarkan hujah.

 

Hal ini bertepatan dengan firman Allah Azzawajalla dalam Surah al-Furqan ayat 52 yang bermaksud:

“….dan berjihadlah menentang mereka dengan al-Quran, dengan jihad yang besar.”

 

Menurut Syeikh Abdullah Bin Bayyah, makna ayat tersebut ialah dirikan hujah atas mereka serta kemukakan kepada mereka penerangan dan bukti yang jelas. Kita sedia maklum bahawa membaca al-Quran dengan lidah tidak melibatkan sebarang senjata. Oleh itu, jihad tidak semestinya bermakna perang, sebagaimana peperangan juga tidak semestinya sebuah jihad.

 

Ibnu Khaldun telah membahagikan peperangan kepada empat bahagian. Pembahagian tersebut dibuat berdasarkan motif setiap peperangan. Pertama, peperangan untuk meluaskan kawasan jajahan, keduanya, peperangan untuk menyerang semata-mata. 

 

Ketiga, peperangan atas dasar marah kerana agama Allah dan keempat, peperangan menentang golongan pemberontak. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa bahagian pertama dan kedua, adalah merupakan peperangan bersifat zalim dan kejam, manakala bahagian ketiga dan keempat, adalah peperangan yang bersifat adil.

 

Ada pun dakwaan bahawa Islam agama yang suka berperang kerana pada zaman Nabi SAW, telah berlaku banyak peperangan, hal ini telah dijawab oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Risalah al-Qital.

 

Beliau menyebutkan bahawa peperangan yang disertai oleh baginda Nabi SAW menentang kaum musyrikin (iaitu sebanyak 72 peperangan) merupakan peperangan yang dimulakan dahulu daripada serangan pihak  musyrikin. Mereka yang menjadi penyebab secara langsung atau tidak langsung kepada peperangan tersebut. 

 

Agama Islam bukanlah agama yang suka berperang. Meskipun diperintahkan untuk berperang, Islam telah menggariskan disiplin dan panduan yang harus dipatuhi supaya dapat memelihara hak mereka yang tidak berdosa.

 

Oleh itu, sikap segelintir umat Islam yang telah melampaui batas dalam memahami makna dan erti jihad sebenar bukanlah mencerminkan ajaran Islam sebenar. Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita semua.

 

Muhammad Faidhi Azis
Pegawai Masjid dan Guru Takmir JAIPs

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia