Subsidi Bersasar: Kelegaan Atau Kegusaran? 

Subsidi Bersasar: Kelegaan Atau Kegusaran? | IKRAM

Kos sara hidup yang semakin tinggi telah menekan sebahagian besar rakyat Malaysia. 

Statistik menunjukkan kesihatan mental merosot, kadar keganasan rumah tangga dan jenayah meningkat ekoran daripada pendapatan yang terjejas sekali gus memberi impak kepada kualiti hidup individu. 

Berdasarkan laporan anggaran pendapatan isi rumah dan insiden kemiskinan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2021, sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 telah beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40. 

Sehubungan itu, ramai menyambut baik usaha Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui jawatankuasa yang dibentuk kerajaan mengkaji pelaksanaan subsidi bersasar dalam usaha mengurangkan beban kos sara hidup rakyat agar golongan yang benar-benar memerlukan dapat menikmatinya.

Dalam masa yang sama, beban kewangan kerajaan dapat dikurangkan dan transformasi pemulihan dan pembangunan negara dapat dipertingkatkan. Subsidi bersasar merupakan kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan sebelum ini.

Majlis Kos Sara Hidup Negara atau National Cost of Living Council (NACCOL) telah ditubuhkan sejak tahun 2018 untuk menyelesaikan isu kos sara hidup, kemudian ia disusuli pula dengan Pasukan Jihad Khas bagi menangani isu inflasi. 

Subsidi Bersasar: Kajian Menyerluruh

Penstrukturan semula subsidi bersasar perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan kitaran atau supply chain yang melibatkan pengusaha industri yang turut sama memanfaatkan subsidi bahan api dan elektrik serta pengguna yang membeli barangan mereka. 

Bantuan bersasar ini harus dilakukan dengan teliti agar kitaran ini masih mengekalkan keseimbangan apabila kedua-dua pengusaha industri dan pengguna tidak terkesan teruk dengan usaha berkenaan.

Sekiranya pelaksanaan tidak dibuat dengan betul, usaha ini akan dilihat tidak efektif dalam menyelesaikan isu kos sara hidup.

Ini kerana sekiranya kenaikan kos berlaku pada pihak pengusaha, ia akan turut beri kesan domino pada harga barangan dan perkhidmatan.

Kurangkan Kebergantungan Import

Pada waktu yang sama ketika rakyat berperang dengan harga, negara turut berhadapan dengan cabaran kebergantungan terhadap makanan import yang kian meningkat.

Kos barangan tempatan tentunya mengalami kenaikan apabila nilai ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat menyusut sekali gus memberikan tekanan inflasi.

Statistik pengeluaran eksport, import dan kadar kebergantungan import (IDR) menunjukkan trend peningkatan.

Pada tahun 2022, Malaysia mengimport RM55.5 bilion produk makanan berbanding eksport sebanyak RM33.8 bilion pada tahun sebelumnya. Ini termasuk bekalan makanan asas seperti sayur, buah, daging, tepung gandum dan minyak masak.

Sekuriti makanan negara berada dalam keadaan yang tidak kukuh. Perlu ada usaha yang komited untuk menarik taraf sektor pertanian dan penternakan negara ke tahap yang lebih tinggi agar negara kurang bergantung kepada pasaran import.

Mengenakan saman terhadap peniaga yang menjual barang melebihi had maksimum tidak dilihat begitu berkesan dalam menangani kenaikan harga barang. Ia hanya mampu mengawal harga barang yang sudah naik tetapi tidak mengembalikan harga barang ke tahap sedia ada.

Perlu Menepati Sasaran

Ketika ini, kerajaan memberikan subsidi dalam tiga bentuk iaitu berbentuk barang, tunai dan pukal. Lima barang yang termasuk dalam subsidi pukal ialah beras, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) dan petrol RON95.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, berlaku salah guna dan penyelewengan terhadap subsidi yang diberikan kerajaan. Didapati juga golongan yang tidak layak lebih banyak menikmati subsidi pukal.

Kumpulan berpendapatan tinggi T20 di Malaysia dilaporkan menikmati subsidi bahan api jauh lebih tinggi daripada kumpulan B40.

Mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah melaporkan, “Untuk setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen dinikmati T20, manakala 15 sen memberi manfaat kepada B40. Jadi, sebagai contoh jika jumlah subsidi tahun ini dijangka cecah RM30 bilion, lebih RM15 billion dimanfaatkan golongan T20.”

Mekanisme pengagihan subsidi bersasar harus dilakukan dengan teliti agar pengagihan sampai kepada golongan yang disasarkan dan tidak meminggirkan golongan tertentu.

Ramai pakar dan penganalisis telah mencadangkan pelbagai kaedah terbaik penyaluran subsidi seperti pemberian melalui pemindahan tunai yang pernah diamalkan, tebus barangan menggunakan penggunaan aplikasi MySejahtera, termasuk juga cadangan tebus subsidi bahan api melalui klasifikasi sisi kereta yang digunakan.

Paling penting, penyaluran subsidi harus dijalankan dengan cekap dan tidak mengulangi lagi hal berkaitan ketirisan dan penyelewengan yang sudah tentu sangat merugikan.

Pendapatan Sara Hidup

Kerajaan harus mempertimbangkan subsidi berdasarkan pendapatan sara hidup iaitu dengan mengambil kita pendapatan boleh guna, perbelanjaan dan tanggungan dalam setiap isi rumah.

Sekiranya hanya klasifikasi pendapatan isi rumah diambil kira, ia menjadi kurang tepat kerana terdapat golongan M40 terutamanya di bandar menjalani kehidupan dalam kesempitan apabila ada tanggungan yang ramai. 

Sewajarnya kaedah subsidi bersasar ini dilaksanakan dengan pragmatik agar dapat memenuhi tujuannya dalam memberikan jaminan sosial.

Ini bermaksud, langkah ini berupaya memberikan perlindungan sosial kepada individu dan isi rumah yang berada dalam kerentanan.

Namun begitu, kawalan harga dan subsidi bersifat jangka pendek, manakala penyelesaian jangka panjang adalah menjadikan kos sara hidup lebih mampu dengan meningkatkan pendapatan isi rumah. 

Apa yang penting bagi negara yang ingin menuju ke arah kemakmuran dan pembangunan yang mapan adalah mengembalikan kualiti hidup rakyat yang sejahtera.

Ini supaya rakyat turut sama dapat menjadi ejen perubahan yang bergerak seiring dengan misi membangunkan negara, nusa dan bangsa. 

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia