Sambutan yang bertemakan ‘90 Tahun Menyumbang’ itu dihadiri Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Ibrahim Munir dan para pemimpin dan juga ahli-ahli gerakan itu dari seluruh dunia.
Dalam ucapan beliau sempena sambutan itu, Dr Ibrahim menekankan bahawa IM telah memimpin satu kebangkitan Islam yang matang dan membangunkan kesedaran rakyat dalam menuntut hak-hak mereka.
Ucapan Dr Ibrahim dan Khaled Meshaal
“Ia (IM) menggagaskan satu konsep baru untuk melakukan islah (reformasi) dan taghyir (perubahan) dalam masyarakat dengan pendekatannya yang aman,” jelasnya.
Tegasnya, dakwah IM adalah dakwah yang mengajak kepada dialog dan persefahaman dengan golongan yang berbeza pandangan dan kepercayaan sama ada dalam atau luar negara, dalam rangka untuk menstabilkan masyarakat.
“Dan minda kami terbuka untuk saling bekerjasama dan memahami dengan semua tamadun dalam memberi manfaat kepada manusia,” ujarnya.
Hj Nahar semasa majlis sambutan, bergambar bersama Dr Ibrahim
Menurutnya, dakwah Ikhwan pada 1928 tidak datang sebagai ‘masjid dhirar’ atau pesaing kepada mana-mana kumpulan, tetapi ia datang sebagai suara islah, yang bekerja untuk mengembalikan kesedaran kepada semua golongan umat.
Pimpinan-pimpinan lain yang hadir antaranya Setiausaha Agung IM, Syeikh Mahmoud Husein, bekas Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal, pemimpin parti AKP, Yasin Aktay mewakili tuan rumah dan bekas Presiden IM Jordan, Dr Hammam Sa’eed.
Pada sebelah malam, sambutan turut diserikan dengan persembahan seni mengikut negara yang hadir di mana Malaysia diwakili artis Mu’adz Dzulkefly yang menyampaikan lagu antaranya Nadal Masjidu dan Ghuraba’.
Sumber: Arab21