Street Raya rai gelandangan ibu kota, ajar baca al-Quran

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib gelandangan ibu kota, program Street Raya diadakan bagi memeriksa kesihatan, memberi bantuan makanan, mengajar bacaan al-Quran dan mewarna bersama kanak-kanak pada Khamis 4 Ogos lalu di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bertujuan meraikan dan menyantuni golongan ini sempena Aidilfitri, program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Seberang Laut (JKSL) IKRAM dengan kerjasama i-Bantu, Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), GEMA Wilayah Persekutuan (Batu), Rose2Rose (R2R) dan Stand Up Flashmob (SUF).

Antara sukarelawan yang menjayakan program ini melibatkan enam orang doktor IKRAM Health, beberapa orang ahli Farmasi dan 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia yang sedang bercuti musim panas dari universiti sekitar Eropah dan juga mahasiwa tempatan.

Hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan, segelintir gelandangan menghidap penyakit kronik di mana majoriti daripada mereka disahkan menghidap penyakit kulit yang kritikal terutamanya kanak-kanak.

Selain itu, golongan gelandangan ini juga diberikan didikan agama seperti membaca al-Quran kaedah Iqra’ oleh sukarelawan. Menariknya, sambutan yang diberikan oleh golongan ini dalam pembelajaran Iqra’ harus dipuji kerana bukan sahaja golongan kanak-kanak yang datang untuk mengaji, tetapi juga golongan dewasa.

    

Pemeriksaan kesihatan, aktiviti mewarna dan menyantuni gelandangan

Turut diadakan juga aktiviti melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dibimbing oleh beberapa sukarelawan yang merupakan mahasiswa jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di universiti tempatan. Program diakhiri dengan penyerahan pek makanan kepada semua gelandangan yang hadir.

Menurut sumber maklumat yang diterima, kebanyakan golongan gelandangan ini mempunyai rumah sewa yang dihuni oleh empat atau lima keluarga di dalam satu rumah yang sama. Perkara ini berlaku kerana kekangan kos kehidupan yang tinggi di tengah ibu kota di samping kekurangan dana bagi kelangsungan hidup golongan gelandangan.

Bagi mereka, bantuan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan hidup mereka di Kuala Lumpur.

Antara sukarelawan yang hadir

Semoga usaha murni ini dapat memberikan sokongan dan harapan kepada golongan gelandangan untuk menghadapi cabaran kehidupan di samping para sukarelawan yang terlibat juga memperoleh pengalaman berkhidmat untuk masyarakat.

Apa yang paling penting, program seumpama ini mampu untuk melahirkan rasa syukur dan cakna dalam hati insan yang prihatin akan saudaranya yang lain, insya-Allah.

Foto Street Raya: http://bit.ly/2b0slDc

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia