Pasukan SRIH dianggotai Adik Muhammad Irfan Farhan bin Ezaidin, Adik Muhammad bin Rosbi dan Adik Hazrel Idlan bin Hafizal. Lebih membanggakan, Irfan telah berjaya memecahkan rekod Singapura bawah 12 tahun setelah berjaya mengumpul 701 markah untuk dua pusingan untuk jarak 15 meter.
Irfan dinobatkan sebagai johan keseluruhan kategori lelaki 12 tahun sementara Muhammad memenangi tempat ke-3.
Pada tahun ini, pasukan memanah lelaki SRIH turut memenangi kejohanan MSSD Johor Bahru dan MSSN Johor di mana Muhammad Irfan Farhan dan Muhammad mewakili Johor di peringkat kebangsaan pada Mac lalu.
Tidak kurang hebatnya, pasukan memanah Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) memenangi kejohanan memanah peringkat MSSD Johor Bahru dan MSSN Johor di mana Muhammad Arieff Haikal bin Ezaidin dan Muhammad Syahmi bin Shahron mewakili Johor dalam kejohanan MSSM peringkat kebangsaan pada Mac lalu.
SRIH dan SMIH juga mengungguli kejohanan memanah di peringkat daerah dan negeri pada tahun 2012 dan 2013.
Tahniah kepada semua pasukan memanah SRIH, SMIH, jurulatih memanah Ustaz Ezaidin Norman dan juga warga Hidayah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan yang cemerlang dan membanggakan ini. Teruskan momentum kemenangan ini, insyaa-Allah.
Sumber: