Pingat emas kategori Creative Robot yang dimenangi pasukan SRIAAG disertai oleh adik Ainun Sofea, Maisarah, Tengku Mae Tijani, Fatimah Athiyah dan Rufaydah Maszlee, kategori Theatre Performance disertai oleh adik Naquib Naufal, Multazam, Ainun Sofea dan Fatimah Athiyah dan kategori Maze Solving juga disertai adik Rufaydah dan Tengku Mae.
Pemenang Creative Robot, Theatre Performance dan Maze Solving
Berjaya mendapat tempat dalam semua kategori, SRIAAG turut merangkul empat pingat perak dalam pertandingan Brick Speed, Aerial Robot, Maze Solving dan Soccer 2 Soccer serta satu gangsa dalam Aerial Robot selain memenangi anugerah khas dalam Animation Robotic.
Sebuah lagi sekolah IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL) pula meraih dua pingat perak dan satu pingat gangsa serta memenangi anugerah khas, Grand Prize Winner dan Appreciation Award bagi kategori Junior School Teacher.
Pemenang pasukan SRIAAKL dan SMIAAG
Bagi pelajar menengah pula, peserta Sekolah Menengah Islam Al Amin Gombak (SMIAAG) juga tidak ketinggalan menyertai AYRO 2016 dengan memenangi dua pingat gangsa dalam pertandingan Aerial Robot kategori individu dan berkumpulan.
Kejohanan AYRO 2016 yang berlangsung pada 13-15 Mac yang lalu mengumpulkan 23 buah sekolah mewakil tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia melibatkankan 163 peserta.
Tahniah kepada semua para guru robotik dan para peserta sekolah IKRAM MUSLEH yang telah berusaha dengan gigih mendidik pelajar bagi mewakili negara dan mencapai kejayaan dalam kejohanan tersebut.
Semoga sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH terus memacu kejayaan dalam pelbagai kejohanan di peringkat sekolah, universiti, negara dan antarabangsa, insya-Allah.
Sumber: Sinar Harian | SRIAAG | SRIAAKL | SMIAAG