SR Sri Al-Amin Bangi sekolah swasta pertama lancar Kempen Wira Anti Rasuah (WAR)

Pelancaran WAR hasil inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini hanya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan, kini telah mula diperluaskan ke peringkat sekolah swasta. 

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, KPKPj Samat Abdul Kasah dan dihadiri Penolong Kanan Akademik SRIAAB, Shamsul Adzuri Ramly, barisan kepimpinan pengurusan sekolah, pegawai-pegawai kanan SPRM, guru-guru serta murid-murid sekolah terbabit.

Seramai 126 murid Tahun 6 sekolah tersebut telah mengikuti program berkenaan. KPKPj Samat dalam ucapannya berkata, SPRM menerima banyak permintaan daripada pengurusan sekolah di seluruh Malaysia untuk mengadakan program WAR di sekolah mereka.

“Satu sejarah tercipta berikutan buat kali pertama program seumpama diadakan di sekolah swasta, yang juga sekolah ke-17 untuk tahun ini.

“Program ini yang memberi fokus kepada pembentukan jati diri dan nilai intergriti kepada murid serta peringatan bahaya rasuah menggunakan pendekatan santai bagi menarik minat murid mendalaminya,” kata beliau.

Menurut beliau, program ini bukan sahaja mendidik murid dan guru.

“Kami mendapat respons positif sebelum ini bahawa murid dan pelajar juga berkongsi peringatan dengan ibu bapa serta ahli keluarga mereka.

“Selain itu, kami juga merancang memperkenalkan ‘handbook’ kepada guru untuk panduan intergriti ketika pengajaran dan perkara ini masih dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Adzuri yang mewakili guru besar sekolah itu turut mengalu-alukan penganjuran progam WAR dan berkehendakan ia diadakan setiap tahun di sekolah berkenaan.

Sumber: SPRM

1. http://www.sprm.gov.my/war-swasta-pertama.html

2. https://www.youtube.com/watch?v=o774tbHtoWg

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia