PULAU PINANG – Seramai 127 orang remaja dari 10 negeri telah menjayakan Program Eksplorasi Remaja Cemerlang (XCELL) yang berlangsung pada 25-27 Mei 2024 di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau di sini.
Menurut Pengarah XCELL 2024, Muhammad Abdellah Mohd Sarif, program ini adalah salah satu program susulan Projek Dua tahun Remaja Cemerlang (PRODUCE) khusus kepada peserta Tingkatan 5 dan calon SPM.
Katanya, pelaksanaan XCELL di bawah kelolaan IKRAMTeens Malaysia dengan kerjasama IKRAM Muda Pulau Pinang dan IKRAMTeens Pulau Pinang.
“XCELL dilaksanakan dengan membawa pendekatan berbeza kepada peserta melalui pendedahan kepelbagaian kemahiran belajar dan laluan kerjaya yang sesuai mengikut aliran masing-masing,” jelas beliau.
Dalam program ini, para peserta dibawa ke kilang Spritzer bagi lawatan industri sebagai pendedahan secara umum mengenai pengoperasian kilang, jabatan yang terlibat dalam sektor pembuatan dan pengeluaran.
Melalui dua sesi iaitu Campfire dan Townhall, peserta menceritakan mengenai matlamat mereka dalam SPM dan apa yang mereka ingin belajar sepanjang dalam program ini serta didedahkan dengan laluan kerjaya yang berbeza mengikut perspektif dan aliran pendidikan masing-masing.
“Slot Membina Mindset Pelajar Cemerlang adalah slot yang agak penting kerana slot ini mendedahkan mengenai kepentingan mindset pelajar cemerlang dan selain itu, dalam slot ini penceramah juga membetulkan mindset para peserta from Zero to Hero,” ujar Muhammad Abdellah yang juga Timbalan Ketua IKRAMTeens Malaysia.
Peserta juga dikongsikan dengan kemahiran membuat matlamat pelajar cemerlang yang betul serta bagaimana kaedah untuk mengaplilasikan dirumah atau asrama.
Mereka juga belajar teknik membaca yang efektif, teknik hafal yang merangkumi visual, auditory & kinesthetic (VAK) dan kaedah membuat nota yang efektif dan mudah digunakan untuk kegunaan SPM
“Dalam sesi Team Building, para peserta didedahkan dengan kaedah dengan empat gaya komunikasi dan bagaimana untuk berkomunikasi sebagai pelajar cemerlang.”
Beliau berharap para peserta XCELL pulang dengan perubahan diri baharu dan meletakkan matlamat yang sesuai seterusnya mempraktikkan kemahiran belajar bersama rakan seperjuangan SPM yang lain.