SOP terkini COVID-19 mulai 1 Mei yang perlu anda tahu

SOP Terkini Covid-19 Perlu Tahu

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan beberapa kelonggaran dalam SOP terkini COVID-19 yang akan dikuatkuasakan bermula Ahad, 1 Mei 2022. 

Apa yang anda perlu tahu dalam SOP terkini COVID-19 tersebut? Berikut adalah kelonggaran SOP terkini Covid-19 yang lengkap yang telah diumumkan beliau.

 

1. PROTOKOL UJI DAN LEPAS (TEST & RELEASE) BAGI KES POSITIF COVID-19

  • Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan selama tujuh (7) hari dari tarikh sampel positif diambil.

– lndividu boleh dilepaskan daripada pengasingan bermula pada hari ke-4 sekiranya telah disahkan negatif menerusi ujian RTK Antigen yang diselia oleh pengamal perubatan.

– Walau bagaimanapun, sekiranya masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh (7) hari.

– Ujian tersebut hendaklah dilakukan menggunakan RTK-antigen kendiri dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal ataupun secara maya (virtual).

– Keputusan ujian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eCOVID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada satu (1) jam , agar individu tersebut segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan apabila keputusan ujian pengesanan tersebut negatif COVID-19.

– Sekiranya individu tidak memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19, maka pelepasan akan diberikan secara automatik setelah menjalani pengasingan selama tujuh (7) hari.

 

2. SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN VAKSINASI LENGKAP UNTUK MASUK KE PREMIS

  • Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status  vaksinasi  mereka; dan
  • Individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah:

– lndividu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap

– lndividu dalam tempoh HSO termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

 

3. SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PENGUJIAN COVID-19 KE ATAS PENGEMBARA WARGANEGARA DAN  BUKAN  WARGANEGARA YANG BARU TIBA DI MALAYSIA

  • Keperluan pengujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan pengujian COVID-19 semasa ketibaan DIGUGURKAN bagi kumpulan pengembara berikut:

o Pengembara berusia 13 tahun dan ke atas yang telah lengkap vaksinasi;

o Pengembara yang mempunyai sejarah jangkitan COVID-19 dalam tempoh 6 ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia.

o Pengembara berusia 12 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi

  • Bagaimanapun, pengembara dengan status vaksinasi tidak lengkap atau belum menerima vaksinasi PERLU:
  1. a) Melakukan ujian pra-pelepasan dua (2) hari sebelum berlepas ke Malaysia (RT-PCR atau RTK-Ag Profesional);
  1. b) Menjalani  ujian  pengesanan  COVID-19  dalam  tempoh  24  jam selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta sama ada secara fizikal atau virtual;
  1. c) Menjalani kuarantin wajib selama lima (5) hari di tempat penginapan termasuk rumah; dan
  1. d) Dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK-Ag professional pada hari kelima.
  • Pengembara yang dikesan bergejala semasa berada di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara akan diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 menggunakan RTK antigen (Ag) profesional.
  • Polisi yang sama akan diguna pakai bagi semua kategori pengembara termasuk Umrah, Haji dan pekerja asing.
  • Bagi pengembara Umrah dan Haji, mereka dikehendaki mendapatkan vaksinasi dos penggalak sebelum berlepas ke Tanah Suci.
  • Semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card yang dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

 

4. SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN INSURAN COVID-19 SEBELUM MASUK KE MALAYSIA

  • lnsurans COVID-19 bagi pengembara bukan warganegara  Malaysia tidak lagi menjadi prasyarat kemasukan ke Malaysia.

 

5. SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PEMAKAIAN PELITUP MUKA

  • Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB apabila berada di dalam bangunan (indoor) dan di dalam pengangkutan awam termasuk e­-hailing.
  • Namun pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi AMAT DIGALAKKAN kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.
  1. Dalam Bangunan (Indoor) dan Pengangkutan Awam termasuk e­hailing
  • Pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada di dalam bangunan (indoor) termasuk gedung membeli belah dan pengangkutan awam termasuk e-hailing;
  • Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan peraturan-peraturan di bawahnya akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan pemakaian pelitup muka ini; dan
  • Pelitup bagaimanapun muka BOLEH ditanggalkan:

o Semasa melakukan senaman berat di dalam bangunan tetapi ia hendaklah segera dipakai semula setelah selesai melakukan senaman tersebut

o Sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang. 

o Ketika sedang makan, minum

o Ketika sedang berucap 

o Membuat persembahan

  • Pemakaian pelitup muka terutamanya di dalam bangunan dan pengangkutan awam masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang di sekeliling kita, terutamanya mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan individu immunocompromised.
  1. Luar Bangunan (Outdoor)
  • Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan (outdoor). lni mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik;
  • Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila:

– Berada di  kawasan  ramai orang  dan  sesak  seperti  bazaar ramadan, pasar malam, stadium;

– Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema;

– Individu yang berisiko tinggi;

– Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

 

6. SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN PENJARAKAN FIZIKAL DALAM SOP MKN

  • Keperluan penjarakan fizikal dalam SOP MKN terbitan 1 April 2022 juga telah disemak semula.
  • Mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang, maka penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.
  • Namun begitu, penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

 

7. SEMAKAN SEMULA KEPERLUAN IMBASAN KOD QR MySejahtera

  • Imbasan kod QR MySejahtera TIDAK DIWAJIBKAN apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam. Bagaimanapun, saya ingin menyeru supaya anda semua mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak;
  • Individu dengan status “High Risk” pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis; dan
  • Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya.
  • Aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan  keputusan ujian pengesanan COVID-19 dan arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO). Ia juga penting untuk membantu KKM dalam pencegahan dan kawalan COVID-19.

 

7.1 HOTSPOT TRACKER UNTUK MYSEJAHTERA

  • Sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik, MySejahtera, sebagai aplikasi kesihatan awam akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu.
  • Sebagai permulaan,fungsi yang sedia ada iaitu Hotspot Tracker yang dahulunya digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19, kini akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit-penyakit lain iaitu rabies (penyakit anjing gila), demam campak (meas/es), penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD) dan denggi. Kawasan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif  di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.
  • Rakyat Malaysia diseru mengambil peluang menggunakan fungsi yang ditambah baik ini terutamanya apabila hendak balik ke kampung, berhari raya ke rumah saudara-mara atau pergi bercuti. lni adalah langkah proaktif bagi mengelakkan daripada mengunjungi kawasan yang berisiko tinggi berlaku penularan penyakit berjangkit, terutamanya jika bersama-sama mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai komorbiditi.
  • Persatuan-persatuan komuniti juga amat digalakkan menggunakan fungsi ini untuk membantu dalam mengawal penularan penyakit berjangkit ini di kawasan kediaman masing­ masing dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti gotong­ royong serta pembersihan kawasan perumahan dan perkampungan .

 

8. ETIKA SALAM DAN PENJAGAAN KEBERSIHAN TANGAN

  • Salam dibenarkan, TETAPI sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman.

 

Kesemua ketetapan atau protokol baharu yang dinyatakan di atas akan MULA BERKUAT KUASA PADA AHAD, 1 MEI 2022 dan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan.

 

9. SENARAI AKTIVITI DILARANG (NEGATIVE LIST) DALAM SOP MAJLIS KESELAMATAN  NEGARA (MKN)

  • Semua senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam SOP Majlis Keselamatan Negara terbitan 1 April 2022 DIGUGURKAN.
  • Agensi berkaitan sedang menyediakan protokol bagi pengoperas1annya.
  • Prosedur ini akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei 2022.

 

PROTOKOL SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN 2022

Sebagai persediaan bagi menyambut ketibaan Syawal pada awal bulan Mei 2022, KKM menggariskan protokol berkaitan sambutan Hari Raya bagi memastikan Keluarga Malaysia menyambutnya dalam keadaan yang meriah dan selamat. Protokol ini adalah sebagai panduan umum. Namun, ia tertakluk kepada ketetapan dan SOP oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

1. TAKBIR HARI RAYA

  • Dibenarkan dibuat di masjid dan surau
  • Dibenarkan dibuat rumah ke rumah TETAPI perlu sentiasa memakai pelitup muka
  • Individu positif COVID-19 dilarang untuk menyertai.
  • Digalakkan hanya individu tanpa gejala untuk menyertai.

 

2. SOLAT SUNAT HARI RAYA

  • Dibenarkan di masjid atau surau dengan kapasiti 100 peratus
  • Semua Jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka semasa berada dalam masjid atau surau termasuk semasa sedang solat.
  • Individu positif COVID-19 dilarang untuk menyertai.
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

 

3. KAWALAN PENULARAN DAN JANGKITAN

  • Kes positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau atau rumah terbuka atau majlis hari raya.
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

 

4. ETIKA JEMAAH

  • Elakkan 3S
  • Amalkan 3W
  • Galakkan wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri
  • Masuk ikut giliran untuk mengelakkan kesesakan
  • Bersurai dengan tenang

 

5. JAMUAN SELEPAS SOLAT DI MASJID ATAU SURAU

  • Dibenarkan
  • Digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

 

6. PROGRAM ZIARAH

  • Dibenarkan
  • Digalakkan memakai pelitup muka ketika ziarah.
  • Kes positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir atau menyertai program ziarah .
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

 

7. ZIARAH TANAH PERKUBURAN

  • Dibenarkan
  • Digalakkan memakai pelitup muka.
  • Kes positif COVID-19 tidak dibenarkan melakukan ziarah tanah perkuburan.
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

 

8. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (INDOOR)

  • Dibenarkan dengan syarat memakai pelitup muka.
  • Kes positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

 

9. RUMAH TERBUKA ATAU MAJLIS HARI RAYA (OUTDOOR)

  • Dibenarkan
  • Digalakkan memakai pelitup muka.
  • Kes positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir dalam majlis.
  • Individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia