Solidariti Palestin, sejarah yang perlu diingati

Perjalanan sejarah Palestin hampir dilupakan oleh sebahagian kita, boleh jadi kerana pandemik yang melanda serta urusan harian yang tidak pernah usainya.

 

Namun, fikirkanlah sejenak tentang saudara-saudara kita di sana yang rakyatnya sentiasa berjuang mendapatkan hak dan kemerdekaan tanah airnya.

 

Walaupun tarikh 29 November sudah beberapa hari berlalu, namun ia perlulah diketahui agar kita tidak melupakan sejarah tentang ‘Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin’ ini.

 

Sebagaimana memetik kata-kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres:

 

“Marilah kita bekerjasama untuk memperbaharui komitmen terhadap rakyat Palestin dalam mengejar hak mereka yang tidak dapat dilupakan dan bagi membangunkan masa depan yang mana kemakmuran, martabat, keadilan dan keamanan berlaku.”

 

Pada tahun 1977 Perhimpunan Agung PBB bersetuju untuk memperingati 29 November setiap tahun sebagai Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin (berdasarkan Resolusi 40/32 B). Sebelumnya, pada tarikh itu pada tahun 1947, perhimpunan tersebut menerima pakai Resolusi mengenai Pembahagian Palestin (berdasarkan Resolusi 181 (II)).

 

Ini bersesuaian dengan Resolusi 60/37 yang disepakati pada 1 Disember 2005 yang mana perhimpunan agung itu juga memberikan saranan kepada Jawatankuasa dan Bahagian Hak-hak Palestin bagi menyambut Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin pada 29 November.

 

Antara saranan itu adalah mengadakan pameran tahunan mengenai hak-hak Palestin dengan kerjasama Misi Palestin ke PBB dan menggalakkan negara anggotanya untuk terus memberikan sokongan seluas-luasnya dan liputan media untuk sambutan hari solidariti tersebut.

 

Negara Turki pada masa itu telah menyatakan sokongan terhadap usaha Palestin yang dilakukan di arena antarabangsa untuk mencapai kemerdekaannya melalui Menteri Luar Negeri, Ahmet Davutoglu.

 

Beliau secara peribadi telah mengambil bahagian dalam pengundian yang berlangsung di Perhimpunan Agung PBB untuk mendapatkan status Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota, dan beliau telah menyampaikan pidato untuk menyokong Palestin pada kesempatan itu.

 

Rentetan daripada itu, Palestin mencapai status sebagai negara pemerhati bukan anggota setelah 138 negara anggota memilihnya seterusnya memperoleh hak untuk menyertai konvensyen antarabangsa yang diadakan PBB.

 

Turki juga membantu Palestin untuk mengembangkan projek yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat Palestin sehingga mereka dapat membendung masalah ekonomi yang sedang dilalui oleh Palestin, yang mana nilai bantuan dalam bentuk dan teknikal yang dijanjikan oleh Turki melebihi USD200 juta.

 

Pada tahun 2015, bendera Palestin telah dikibarkan di hadapan ibu Pejabat PBB di seluruh dunia. Perhimpunan Agung PBB juga menerima pakai resolusi untuk menaikkan bendera negara-negara yang mengambil bahagian dalam kapasiti sebagai pemerhati walaupun bukan anggota di PBB, termasuk bendera Palestin. Upacara pengibaran bendera diadakan di ibu pejabat PBB di New York pada 30 September tahun itu.

 

Pada tahun ini, Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin telah disambut pada 1 Disember dengan satu siri perjumpaan khas di Ibu Pejabat PBB di New York yang mana Jawatankuasa Pelaksanaan Hak-hak Orang-orang Palestin, sebuah badan dalam PBB yang berusaha untuk mempromosikan hak rakyat Palestin dan kemerdekaannya.

 

Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil negara anggota, Setiausaha Agung, wakil-wakil organisasi antara kerajaan, masyarakat dan lain-lain yang membuat pernyataan mengenai persoalan Palestin serta mengambil bahagian dalam pembukaan rasmi pameran sempena sambutan tersebut, juga merangkumi acara kebudayaan.

 

Dalam pada itu, beberapa negara lain bersama agensi kerajaan dan organisasi masyarakat bekerjasama dengan Pusat Maklumat PBB mengadakan pelbagai aktiviti. Menjadi kebiasaan bagi Perhimpunan Agung PBB untuk mengadakan perbahasan tahunannya mengenai persoalan Palestin pada hari tersebut.

 

Sebagaimana seruan PBB, pelbagai aktiviti dilakukan setiap tahun bagi memperingati hari sloidariti ini dan pada  Sabtu, 28 November lalu, kempen media dengan tema ‘Palestin adalah perjuangan saya: Perpaduan dan sokongan terhadap perjuangan Palestin’ telah dilancarkan.

 

Kempen tersebut menyeru semua aktivis untuk berinteraksi dan membuat ciapan melalui akaun Twitter mereka dengan hashtag “#PalestineMyCause”.

 

Di samping itu, aktivis dan rakyat di pelbagai negara yang menyertai kempen tersebut menyebarkan ciapan untuk solidariti perjuangan Palestin dan menolak normalisasi dengan penjajahan Israel.

 

Dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin, Hanan Ashrawi mengatakan dalam satu kenyataan bahawa waktunya telah tiba untuk “mengangkat ketidakadilan rakyat kita, yang bercita-cita untuk hidup seperti rakyat dunia yang lain dalam kebebasan, martabat dan keadilan.”

 

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengakui negara Palestin, melaksanakan semua keputusan PBB yang berkaitan dengannya, mengakhiri penjajahan, dan mengadili Israel, menghukum dan bertanggungjawab atas kejahatannya.

 

Raja Maghribi Mohammed VI mengatakan pada hari Ahad bahawa isu Palestin adalah kunci penyelesaian tetap dan menyeluruh di Timur Tengah, sebagaimana kenyataannya yang ditujukan kepada Ketua Jawatankuasa PBB mengenai perlaksanaan hak-hak yang tidak dapat dielakkan dari rakyat Palestin.

 

“Isu Palestin adalah kunci untuk penyelesaian tetap dan komprehensif di wilayah Timur Tengah dan solusi agar semua rakyat di wilayah ini hidup dalam aman, damai dan harmoni sesuai dengan prinsip ‘penyelesaian dua-negara’,” kata raja Maghribi sambil menegaskan kembali solidariti negaranya dengan rakyat Palestin dan sokongannya untuk hak mereka bagi menubuhkan negara yang merdeka.

 

Menariknya, pada Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menganugerahkan aktivis Amerika Syarikat, Rachel Corrie yang dibunuh oleh jentolak kepada tentera Israel pada tahun 2003 dengan pingat tertinggi Palestin.

 

Memetik laporan Agensi Berita Palestin rasmi (WAFA), Presiden Abbas memberikan Rachel anugerah ‘Bintang Kebebasan’ sebagai pengiktirafan ke atas keberanian dan kepercayaan kuatnya terhadap hak asasi manusia terhadap kebebasan, keadilan dan maruah.

 

Beliau menghubungi Cindy dan Craig, ibu bapa Rachel Corrie yang tinggal di Washington pada hari Sabtu lalu, menjelang Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin tersebut.

 

“Rachel kehilangan nyawanya untuk kebebasan rakyat Palestin yang akan selalu mengingatinya sebagai pahlawan dan pejuang yang hebat untuk kebebasan, keadilan dan maruah.”

 

Ibu bapa aktivis Amerika itu yang telah menubuhkan Yayasan Perdamaian dan Keadilan Rachel Corrie menegaskan bahawa mereka akan terus berusaha menyebarkan nilai dan prinsip yang dipercayai oleh anak perempuan mereka untuk mencapai keamanan dan keadilan untuk semua.

 

Beliau seorang pejuang hak asasi manusia muda Amerika yang mempertahankan hak-hak rakyat Palestin, telah mengunjungi Gaza sebagai sebahagian daripada gerakan solidariti global dan berusaha untuk mencegah pasukan Israel merobohkan rumah rakyat Palestin, tetapi beliau terbunuh di bawah jentolak tentera Israel.

 

Rachel Corrie dihantar pulang pada 16 Mac 2003 ketika beliau berusaha untuk mencegah rampasan kediaman rakyat Palestin berdekatan perbatasan Palestin-Mesir di kejiranan Al-Salam, Rafah.

 

Walaupun dalam keadaan pandemik yang melanda di seluruh dunia, program di beberapa negara di seantero dunia tetap diadakan bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin menjelang  Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin yang dipersetujui oleh Perhimpunan Agung PBB sejak tahun 1977 itu.

 

Sebagaimana kata Pegawai Penyelidik Palestine Centre of Excellence (PACE) , Tuan Khalid Jimat:

 

“Tarikh 29 November sewajarnya diingati seluruh masyarakat dunia untuk muhasabah diri dan mengenang kembali kesilapan yang dilakukan oleh komuniti antarabangsa hingga menyebabkan penderitaan rakyat Palestin berlarutan sehingga hari ini.”

 

Semoga dengan itu, kita dapat membantu perjuangan rakyat Palestin mendapatkan kembali hak mereka yang diragut oleh Zionis Israel sehingga negara mereka merdeka. Ayuh sentiasa kita tingkatkan usaha dan doa untuk pembebasan negara Palestin. Teruskan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia