Solidariti Fajar Sadiqin Jumaat ini

“Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membanjiri masjid dan surau di tempat-tempat anda pada waktu Subuh hari Jumaat minggu ini (31 Januari) sebagai tanda sokongan kita kepada perjuangan mempertahankan Masjid al-Aqsa,” tegas Pengerusi MWCQP, Dr Hjh Fauziah Mohd Hasan.

 

Seterusnya beliau menyeru agar dikongsikan gambar suasana waktu solat Subuh di masjid dan surau di media sosial hashtag #solidaritifajarsadiqin sebagai pembakar semangat buat sahabat-sahabat yang sedang berjuang mempertahankan Masjid al-Aqsa.

 

Tambahnya, sebahagian murabitun dan murabitat Masjid al-Aqsa telah ditahan dan dipenjarakan manakala sebahagian lagi diharamkan daripada memasuki Masjid al-Aqsa.

 

Antara yang ditahan dan diharamkan daripada memasuki Masjid al-Aqsa ialah Syeikh Ekrima Sabri, mantan Mufti Baitulmaqdis dan Hanadi Halawani, murabitat al-Aqsa. Ini adalah kali ke-25 Hanadi ditahan oleh rejim Zionis Israel.

 

“Bagi menangani ancaman ini, rakyat Palestin telah melancarkan kempen ‘Fajar Al-Akbar’ sejak tiga Jumaat yang lalu untuk melindungi Masjid al-Aqsa daripada ancaman Zionis Israel,” kata beliau.

 

Tiga Jumaat tersebut ialah:

  • Jumaat Pertama: 10 Januari 2020
  • Jumaat Kedua: 17 Januari, 2020 (juga dikenali sebagai Fajar al-Karama / Subuh Kemuliaan)
  • Jumaat Ketiga: 24 Januari 2020 (juga dikenali sebagai Fajar al-Amal / Subuh Harapan)

 

Dr Fauziah yang juga Setiausaha Agung Global Women Coalition for al-Quds and Jerusalem (GWCQP) berkata, kempen tersebut menyeru seramai mungkin rakyat Palestin yang berkemampuan untuk menunaikan solat Subuh di Masjid al-Aqsa dan bersama-sama melindunginya.

 

“Pada Jumaat lepas, kempen ini telah tular ke bandar-bandar di Jordan, Kuwait, Turki dan Indonesia,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, ratusan ribu orang telah keluar menunaikan solat Subuh sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang sedang mempertahankan al-Aqsa.

 

“Kempen ini akan diteruskan pada minggu ini. Subuh Jumaat minggu ini telah diberi nama ‘Fajar Sadiqin’ (Subuh Kebenaran).”

 

Jelas beliau, berbekalkan semangat yang sama, kempen ini dilancarkan di Malaysia sebagai tanda sokongan kepada murabitun dan murabitat al-Aqsa.

 

“Ayuh kita buktikan, walau al-Aqsa jauh nun di sana, ia tetap dekat di hati kita!”

 

Facebook MWCQP: fb.com/malaysiancoalition

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia