Solidariti bersama anak-anak Palestin

SHAH ALAM – Wanita IKRAM Selangor melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak telah menganjurkan kempen ‘Solidariti Anak-Anak IKRAM Junior Bersama Palestin.’

 

Program ini menggariskan dua objektif utama iaitu untuk membangkitkan rasa kebersamaan dalam kalangan anak-anak di Malaysia terhadap krisis yang dialami oleh anak-anak Palestin dan menyemai rasa persaudaraan sesama Muslim antara anak-anak di Malaysia dan anak-anak di Palestin walaupun tidak pernah bersua muka. 

 

“Dalam tempoh kurang seminggu penyertaan dibuka, kami mendapat lebih daripada 100 penyertaan daripada ibu bapa dan juga anak-anak di seluruh negara, malah kami turut menerima penyertaan paling jauh nun dari negara matahari terbit,” kata Pengarah kempen, Roselinee Mohammad Radzi.  

 

“Ini menunjukkan bahawa isu Palestin mendapat perhatian semua peringkat umur termasuk kanak-kanak di negara ini”, sambung Roselinee lagi.  

 

Melalui program ini, ibu bapa diminta merakamkan gambar anak-anak masing-masing dengan memegang plakard atau membuat aksi tertentu yang menunjukkan tanda sokongan kepada anak-anak Palestin.

 

Kemudian, mereka diminta untuk memuat naik gambar di media sosial masing-masing dengan meletakkan tanda pagar #IKRAMJuniorPrihatin dan #SolidaritiPalestin. Gambar-gambar yang telah dikumpulkan telah divideokan oleh penganjur.

 

Melalui kempen ini juga, dua orang wakil IKRAM Junior Selangor iaitu adik Nurul Batrisyia Mohd Dusuki, 8, dan adik Mujahid Afeef Mohd Ariff, 7,  telah mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Kamu Anak Palestina’ yang dinukilkan sendiri oleh pengarah program tersebut.  

 

Ketua Wanita IKRAM Selangor, Profesor Dr Norhasmah Sulaiman menyifatkan kempen ini satu program yang sangat baik dan bermakna yang dapat menyemai semangat persaudaraan sesama manusia walaupun tanpa pertalian darah antara kanak-kanak di Malaysia dan Palestin.

 

Tambahnya, kempen ini juga dapat mendidik kanak-kanak di Malaysia memahami sejarah sebenar perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan negara tercinta atas bantuan ibu bapa masing-masing. 

 

“Usaha IKRAM Junior Selangor mengadakan kempen #IKRAMJuniorPrihatin dan #SolidaritiPalestin membangkitkan semangat kanak-kanak untuk sama-sama cakna isu semasa yang berlaku di Palestin dan mengobarkan semangat mereka untuk turut sama membantu,” kata Baizura Yaso, ibu kepada peserta yang menyertai kempen.

 

Ketika ditanya kepada ibu kepada adik Mujahid Afeef pula, beliau menyatakan dengan penuh semangat, “Andai batu pun turut menjadi saksi perjuangan Palestina, jangan biarkan diri kita lalai tanpa merasai degup getar pejuang-pejuang al-Aqsa” dan “Palestin adalah milik kita bersama, tebarkan keamanan untuk Palestin tercinta.”

 

Menurut Roslinee, menjadi hasrat penganjur untuk menyampaikan video-video yang telah dihasilkan ini kepada anak-anak Palestin melalui wakil NGO kemanusiaan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di sana.

 

“Diharapkan dengan penyerahan video kempen ini kepada anak-anak di Palestin dapat memberikan sedikit senyuman kepada mereka di sana walau dalam saat-saat yang genting sekarang.”

 

Video kempen solidariti IKRAM Junior bersama Palestin ini boleh disaksikan di FB Wanita IKRAM Selangor di pautan https://fb.watch/5M8RytUjfW/.

 

Semoga program ini berjaya membuka minda anak-anak di Malaysia sekali gus menjadi pencetus semangat kepada mereka untuk terus cakna dan merasai kepentingan membela tanah Palestin secara berterusan.  

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia