SMIH JB johan PENARA 2015

Dalam perkhemahan yang berlangsung di Kem Warisan, Batu Kurau di sini pada 13-17 Disember yang lalu, Sekolah Menengah Al-Islah (SMAI), Sungai Petani dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) masing-masing menjadi naib johan dan tempat ketiga.

Lima acara yang dipertandingkan dalam PENARA 2015 ialah Kawad Kreatif, Basic Self Defence (BaSeD), Orienteering, Kem Kraf dan Memanah Tradisional menerusi kategori Syabab (lelaki) dan Fatayat (perempuan). Pasukan Syabab KRSM SMIH yang disertai 21 anggota mendapat tempat kedua dalam acara BaSeD, Orienteering dan tempat ketiga dalam Kem Kraf.

    

Bagi pasukan Fatayat yang disertai 17 anggota pula, KRSM SMIH mengungguli acara Orienteering (pasukan Alpha) dan Kem Kraf, mendapat tempat kedua dalam Kawad Kreatif , Orienteering (pasukan Bravo) dan tempat ketiga dalam BaSeD dan Memanah Tradisional.

Seramai 325 anggota Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRSM) yang terdiri daripada 11 buah sekolah menengah Islam rangkaian MUSLEH di seluruh negara telah menyertai kem ini melibatkan 23 orang guru pengiring dan 23 orang pegawai bertugas.

Selain SMIH, SMIAAG dan SMAI, pasukan KRSM lain yang menyertai PENARA 2015 ialah SMI Al-Itqan dan SMI Al-Ikram (Pulau Pinang), SMI Hira’ (Jeram), SMI Al-Irsyad (Kuantan), SM Sri Al Amin Bangi, SM Al Hidayah (Ipoh), SMI Aman (Kota Bharu) dan SM Al Azhar (Jitra).

Foto: FB KRS IKRAM MUSLEH

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia