SMI Hira’ raih Anugerah Sekolah Islam Swasta Cemerlang Selangor

SMI Hira’ raih Anugerah Sekolah Islam Swasta Cemerlang Selangor | IKRAM

SHAH ALAM – Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram telah menerima Anugerah Sekolah Menengah Islam Persendirian/Swasta Cemerlang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022 pada Selasa.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, YB Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni kepada Pengetua Sekolah Menengah Islam & Tahfiz Al-Quran (SMITQ) Hira’, Ustaz Isharuddin Ismail.

Anugerah tersebut diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tahun 2022 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ustaz Isharuddin menyatakan syukur ke hadrat Ilahi atas penerimaan anugerah tersebut yang diibaratkan sebuah hadiah istimewa buat dirinya dan semua warga Sekolah Menengah Islam Hira’.

Menurutnya, pada tahun lalu, Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ telah berjaya dinobatkan sebagai Institut Tahfiz / Pondok Persendirian Cemerlang Peringkat Negeri Selangor.

“Banyak jasa kedua-dua institusi pendidikan ini (SMI & Tahfiz Hira’) dalam melahirkan ribuan huffaz, profesional, ulama dan teknokrat yang berjaya dalam masyarakat dan kalangan umat di negara ini,” kata beliau.

Tambahnya, pastinya penghargaan dan pahala jariah mengalir deras buat generasi awal yang telah mengasas dan membina institusi pendidikan wakaf umat ini sehingga megah berdiri seperti yang ada pada hari ini. 

Dalam pada itu, IKRAM Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah Institusi Pendidikan Hira Berhad atas anugerah ini dan berharap sekolah ini dapat menjadi model terbaik pendidikan Islam dalam melahirkan kemenjadian murid. 

“Semoga kejayaan ini memberi semangat untuk terus berjuang seterusnya, menjadikan institusi pendidikan lain di bawahnya juga yang terbaik.”

Tambahnya, IKRAM Selangor sangat gembira dengan anugerah kejayaan ini.

“Ia adalah penerus daripada kejayaan-kejayaan lalu oleh sekolah-sekolah di bawah IKRAM MUSLEH di Negeri Selangor.”

Sementara itu, Pengarah JAIS, Dato Haji Mohd Shahzihan Ahmad turut mengucapkan tahniah atas penganugerahan ini dan semoga ia menjadi tanda kenangan serta motivasi bagi seluruh warga pendidik di negeri Selangor untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia