SMI Hidayah, SM Al-Islah juara Debat Antara Sekolah Malaysia 2014

Pasukan SMAI menjuarai debat kategori Bahasa Melayu sementara pasukan SMIH menjuarai debat kategori Bahasa Arab. Dalam pusingan akhir debat Bahasa Melayu, Pasukan SMAI menewaskan SMAP Kajang.

Pendebat SMAI, Muhammad Suhail Rosidi menggondol dua anugerah di mana beliau dinobatkan sebagai pendebat terbaik peringkat akhir dan pendebat terbaik keseluruhan diikuti Muaz Mohamad di tempat ke-2 dan Syaiful Amri di tempat ke-4.


Dari kiri: Pasukan debat Bahasa Melayu SM Al-Islah dan pasukan debat Bahasa Arab SMI Hidayah.

 

Dalam pusingan akhir debat Bahasa Arab, Pasukan SMIH menewaskan Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari, Subang Jaya. Pendebat SMIH, Yusuf Zamani turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik peringkat akhir.

Debat Bahasa Inggeris pula dijuarai oleh pasukan Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Putrajaya yang mengalahkan pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Tahniah kepada kedua-dua sekolah IKRAM-Musleh yang mengungguli kejohanan debat di peringkat kebangsaan. Semoga ia menjadi pencetus kepada pembinaan generasi yang memimpin ummah serta mampu menyumbang bakti untuk agama, bangsa dan negara insyaa-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia