SM Sri Al-Amin Bangi sekolah angkat UNITEN

Penerimaan sebagai sekolah angkat ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid kepada Pengetuanya, Ahmad Fadhli Mohd Fauzi. Turut hadir Naib Canselor UNITEN, Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha. 

Ahmad Fadhli menerimanya dalam majlis perasmian pelancaran 2016 IEEE International Conference on Teaching & Learning in Education (ICTLE’16) pada 1-2 Mac 2016 di Pullman Kuala Lumpur Bangsar anjuran UNITEN dengan kerjasama IEEE Education Society Malaysia Chapter and Yayasan Canselor UNITEN.

SHINE@UNITEN merupakan satu kerjasama pintar mempelbagaikan pendekatan kolaborasi UNITEN dengan pihak sekolah sebagai satu inisiatif universiti dalam mempelbagaikan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat setempat.

Dengan memilih 20 buah sekolah menengah yang berdekatan dengan kedua-dua buah kampus UNITEN iaitu di Kampus Putrajaya dan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah, Pahang, ia menjurus kepada kolaborasi pelaksanaan aktiviti seperti bengkel kecemerlangan akademik, promosi program pengajian untuk sekolah angkat yang terpilih di samping program pembangunan diri dan kemahiran.

Inisiatif universiti yang dimulakan sejak 2012, program ini dijenamakan semula dengan nama program sekolah angkat baharu yang lebih kreatif, inovatif dan energetik iaitu SHINE@UNITEN bagi menyokong usaha anjakan transformasi pendidikan negara melalui pendekatan kolaborasi IPT dan sekolah.

Foto1: http://on.fb.me/1RG3C4t
Foto2: http://on.fb.me/1TQbPGC

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia