Skor Indeks Negara Rahmah Sederhana, Namun Meningkat

PETALING JAYA – Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2022 yang dijalankan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mendapati pencapaian kebangsaan bagi Ciri-ciri Negara Rahmah adalah pada paras sederhana dengan skor 6.47.

“Ia menunjukkan peningkatan daripada tahun 2021 yang mencatatkan skor 6.09,” kata Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam sidang media pembentangan Laporan Kajian IMNR 2022 dengan kerjasama Kajian Dasar IKRAM (KADRI) hari ini di Hotel Armada, di sini.

Jelasnya, tiga ciri yang mendapat skor tertinggi ialah Institusi Keluarga yang Utuh (7.66), Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni (7.40), Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak Penyayang (7.32).

“Ia menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul dan boleh ditambah baik dalam merealisasikan gagasan Malaysia Madani.”

Manakala tiga ciri yang mendapat skor terendah ialah Tadbir Urus yang Baik (5.68), Ekonomi yang Mampan (5.78) dan Kepimpinan yang Kompeten dan Berintegriti (5.80).

“Ini bermakna usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan dalam memperkemas tatakelola urusan pentadbiran kerajaan sangat signifikan untuk difokuskan terutama dalam membanteras rasuah sehingga ke akar umbi,” tegas beliau.

Kajian IMNR 2022 bertujuan meninjau persepsi masyarakat terhadap situasi kemajuan negara dalam pelbagai aspek melibatkan 2,006 orang responden di seluruh Malaysia, yang merupakan kajian kedua selepas dijalankan kali pertama pada 2021.

Ujar Badlishah Sham, walaupun skor indeks ini bukan satu petunjuk yang mutlak, ia telah memberikan satu nilai persepsi relatif masyarakat umum terhadap keadaan semasa negara. 

Skor Indeks Negara Rahmah Sederhana, Namun Meningkat | IKRAM

“IKRAM melihat Indeks Malaysia Negara Rahmah ini dapat memberi salah satu gambaran ukuran terhadap usaha-usaha semua pihak dalam membangunkan negara.’

“Justeru, IKRAM sebagai sebuah NGO bersedia untuk bersama-sama meneruskan usaha membangunkan negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.”

Menurutnya, IKRAM juga telah membentangkan hasil kajian IMNR 2022 kepada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan berhasrat untuk membentangkannya kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi berkongsi dapatan dan bersama-sama merangka usaha ke arah membangunkan Malaysia Madani.

Hadir bersama dalam sidang media itu wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Turut hadir rakan-rakan NGO antaranya MAKPEM, NCWO, SUARAM, KLSCAH, KOMAS, GBM, GEMA, Agora Society dan EWRF, serta badan penyelidik daripada KITA UKM, Emir Research, Merdeka Center, NASR dan Universiti Malaya, juga media Sinar Harian, Astro Awani, Berita Harian, Malaysiakini dan TV Al-Hijrah.

Buku Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2022 dilancarkan oleh Tn Fauwaz Hasbullah, Ketua Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mewakili Ketua Pengarah, Tn Hj Abdul Shukur Abdullah.

Menurutnya, IKRAM adalah rakan strategik LPPKN dalam program-program kekeluargaan antaranya Karnival Keluarga Utuh 2022 dan beliau mengucapkan tahniah kepada IKRAM kerana telah menghasilkan IMNR 2022.

Hadir sama Timbalan Presiden IKRAM, Tn Jusni Yusoff, Naib Presiden, Prof. Dr Hanim Salleh Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, serta Pengara Projek IMNR 2022, Dr Hj Mustafa Din Subari.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia