SKIPS 2023: Sekolah Menengah IKRAM Musleh Cemerlang

Pertubuhan IKRAM Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada lapan (8) buah sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh yang telah memperoleh empat dan lima bintang dalam Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Tahun 2023 Kategori Sekolah Menengah Agama yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah Menengah Islam (SMI) berkenaan ialah:

SMI Hidayah, Johor Bahru – 5 bintang
SM Sri Al-Amin Bangi – 4 bintang
SM Al-Azhar, Jitra – 4 bintang
SMI Al-Amin Gombak – 4 bintang
SMI Al-Amin Kemaman- 4 bintang
SMI Al-Ikram, Tasek Gelugor – 4 bintang
SMI Al-Islah, Sungai Petani – 4 bintang
SMI Hira’, Jeram – 4 bintang

Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru membuktikan keunggulannya setelah muncul sebagai salah satu daripada dua sekolah menengah agama swasta yang mencapai lima bintang.

Keputusan pencapaian 37 buah sekolah yang dinilai itu telah diumumkan dalam Majlis Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Swasta yang telah diadakan pada Khamis di Putrajaya.

Kejayaan ini akan menjadi perangsang bagi meningkatkan tekad dan komitmen IKRAM untuk terus membangunkan sistem pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan berkesan.

IKRAM melalui usaha sama dengan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) akan meneruskan usaha gigih ini sehingga mampu membina generasi rabbani yang istiqamah dalam dakwah rahmatan lil ‘alamin.

Prof Dr Omar Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia