Skandal Kapal LCS: Tunggu Apa Lagi?

Skandal Kapal LCS: Tunggu Apa Lagi? | IKRAM

Isu yang diperbualkan di media cetak, sama ada media sosial mahupun media rasmi berkenaan skandal demi skandal yang melibatkan kerajaan yang memerintah kadangkala masih boleh dipertikaikan oleh sesetengah pihak kerana selalu terjadi penulisan sebegini tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Ini kerana mereka mungkin tidak mendapat maklumat yang menyeluruh atau tepat, selain mereka juga bimbang tulisan mereka akan memakan diri mereka semula seperti disaman oleh pihak pihak tertentu. Lantaran itu, penulisan atau penyataan mereka masih terbatas.

Namun, apabila kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira Kira Wang Parlimen (PAC) atau Ketua Audit Negara atau beberapa jawatankuasa lain lagi yang sah di sisi undang dan ditubuhkan sendiri oleh kerajaan, maka apa lagi yang mahu ditunggu oleh kerajaan selain MELAKSANAKAN saranan jawatankuasa  tersebut?

Sekiranya tidak dilaksanakan saranan tersebut, rakyat akan tertanya-tanya, apa tujuan kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut?

Adakah kerajaan mahu menubuhkan jawatankuasa lain pula untuk menyiasat sejauh mana kebenaran jawatankuasa seperti PAC contohnya, atau Laporan Ketua Audit Negara atau apa-apa sahaja jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan?

Kalau dalam sektor awam, sekiranya terdapat laporan sebegini, dengan kadar segera pemegang jawatan tersebut digantung tugas atau diberikan cuti rehat bagi memastikan tindakan yang mengikut undang undang dapat dilakukan.

Dapatan laporan jawatankuasa siasatan kadangkala terlalu kecil, namun demi integriti perjawatan awam dan peringatan kepada yang lain, tindakan segera diambil.

Namun, apabila melibatkan ahli politik yang berjawatan menteri pusat lagi, sementara jawatankuasa yang menyiasat pula dilantik oleh Parlimen, badan legislatif TERTINGGI NEGARA, tindakan yang diambil terhadap laporan-laporan sebegini tidak mencerminkan keseriusan pihak kerajaan untuk bertindak.

Dalam isu kapal perang pesisir ini contohnya, kelihatan pihak pembangkang beria-ia mencadangkan supaya tindakan diambil kepada yang berkenaan.

Mana perginya ahli politik dari pihak kerajaan? Mana perginya saranan dari parti-parti sekutu dari pihak kerajaan yang memerintah?

Adakah dapatan siasatan ini mahu dipolitikkan juga? Adakah pembangkang sahaja yang merasakan apa yang berlaku ini satu kemungkaran? 

Rakyat kebingungan dan tidak mustahil kalau hal ini berterusan, akhirnya nanti ia hanya menjadi bahan kempen politik sahaja! Sampai bila Malaysia terus berada di tahap ini sedangkan indeks korupsi negara terus merosot dari setahun ke setahun?!

Sebahagian rakyat telah sekian lama hidup menderita akibat ekonomi negara yang terus menguncup; ramai yang hilang pekerjaan, premis perniagaan tidak serancak dahulu dan terus hambar.

Mendukacitakan sekali nisbah yang membunuh diri akibat tekanan kehidupan meningkat secara mendadak. Semua ini memperlihatkan usaha secara bersungguh-sungguh perlu diambil.

Andai ada yang mengatakan isu kapal perang pesisir berlaku sebelum Covid-19, kita boleh buktikan selepas pandemik Covid-19, penyelewengan wang negara terus berlaku.

Buktinya projek PENJANA yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu melatih mereka yang hilang pekerjaan supaya dapat bekerja semula telah diselewengkan hingga lebih RM100 juta tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

Ini yang dapat dikesan. Berapa banyak lagi yang tiris yang tidak dapat dikesan?

Sama halnya dengan projek-projek yang diwujudkan sekarang, adakah ia benar benar mengikut peraturan, adakah ia sampai ke sasaran, atau adakah ia masuk tembolok keroni mereka sahaja sedangkan rakyat hanya putih mata? 

Kita amat bimbang kalau RM100 juta untuk projek khas kepada mereka yang menderita  boleh tiris sehingga jumlah itu, projek-projek lain tidak mustahil berlaku ketirisan dan tidak sampai kesasaran.

Terlalu banyak yang kita dengar, namun untuk membuktikannya di mahkamah amat sukar kerana pencuri atau penyangak selalu dan sentiasa lebih cekap untuk menutup kejahatan yang mereka lakukan.

Saya menutup coretan ini dengan mengungkap kata-kata Prof. Jomo, mantan profesor ekonomi di Universiti Malaya. Beliau pernah berkata dalam satu forum yang saya hadir dan mendengar sendiri ucapan beliau:

“Peruntukan RM63 juta yang diberikan kepada sebuah agensi pelaksana kerajaan untuk membantu petani nelayan dan peladang di kampung-kampung hanya diagihkan kepada kumpulan sasaran tidak lebih dari RM10 juta, iaitu subsidi minyak diesel.”

Pun begitu beliau menegaskan lagi, “Nelayan-nelayan menggunakan minyak petrol untuk bot-bot kecil atau sampan mereka. Diesel digunakan oleh tekong-tekong bot laut dalam yang kaya-raya! Jadi apa yang petani, nelayan dan peladang dapat?” bentaknya.

Andai kita kias kepada isu kapal perang pesisir ini dengan isi ceramah Prof. Jomo, rakyat mahu benar-benar tahu dari kerajaan, apakah RM bilion yang diperuntukkan itu sepenuhnya digunakan untuk membina kapal tersebut dan dan segala urusan rasmi yang berkaitan dengannya?

Pada pemikiran rakyat, laporan siasatan PAC telah menghasilkan jawapan yang hampir sama dengan apa yang Prof. Jomo katakan, hinggalah kerajaan dapat membuktikan sebaliknya!

Dan kita tidak mahu mendengar jawapan daripada mereka yang terlibat seperti bekas PM, bekas menteri dan sebagainya kerana mereka itu mempunyai kepentingan dalam isu ini.

Ingatlah! Pemimpin yang melaksanakan tugasnya dengan adil dan penuh saksama akan berada di bawah lindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan pada hari itu.

Dan pemimpin yang zalim, khianat dan tidak amanah, pengikutnya akan memohon daripada Allah untuk dikenakan azab yang berganda kerana ia mengkhianati amanah rakyat!

Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
11 Ogos 2022

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia