Siri lawatan Dr Azzam ke Malaysia berjaya

azzam-tour

tentang isu Palestin dan perkembangan revolusi di Timur Tengah. Jadual beliau yang diuruskan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Aqsa Syarif Berhad sarat dengan pelbagai program dan wacana yang perlu dipenuhi, membayangkan bahawa masyarakat memang dahagakan maklumat yang tepat daripada orang yang tepat serta tajam pemerhatiannya terhadap pelbagai isu di Timur Tengah.

Di samping ke udara di Radio 24 dan Bernama TV pada Khamis 28 April, beliau menyampaikan ceramahnya, ‘Middle East Uprising and Future of Palestine’ di Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pameran, jualan buku dan cenderamata Palestin juga diadakan pada Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2011) pada 21 April hingga 1 Mei yang lalu.

mmap2

Pada Jumaat 29 April, beliau menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Sebelah malamnya, beliau menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Middle East Crisis and Liberation of Palestin’ dalam Majlis Makan Malam Amal Palestin di Intekma Resort, Shah Alam.

Pada Sabtu 30 April pula, beliau berada di Auditorium DBKL, dengan ceramahnya ‘People’s Revolution in the Middle East: Dawn of a New World Order?’. Pihak Masjid Bukit Indah di Ampang telah menjemput beliau, yang juga Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, untuk berforum bersama Ahli Lembaga Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Noor pada pagi Ahad 1 Mei.

tamimi-inspire

Pada petangnya, InSPIRE International dengan kerjasama IKRAM Selangor telah menjemput beliau untuk membincangkan Wacana Dunia Islam yang berjudul ‘Is the Islamic Movement Ready to Manage Opportunities in 21st Century?’ di Hotel De Palma, Ampang. Sempena lawatan beliau, konsert ‘Freedom for Palestine’ diadakan Dewan Muktamar, Pusat Islam yang dihoskan oleh artis Wardina Safiyyah menampilkan Mirwana, Muadz, The Wayfares, Imam Muda Asyraf dan Saff-One.

Setelah empat hari di Lembah Klang, siri lawatan beliau diteruskan di Johor pada Isnin 2 Mei. Dr Azzam yang juga seorang intelek, penyelidik dan pejuang Palestin yang kini menetap di London, menyampai ceramah tentang Palestin dan Timur Tengah di pejabat IKRAM Johor bersama ahli-ahli IKRAM, pada sebelah pagi dan petangnya di Hotel M-Suite bersama para usahawan.

tamimi-johor

Pada malamnya beliau memberi ceramah umum di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang bertajuk ‘Crisis in the Middle East and Palestinian Freedom’ anjuran Persatuan Kakitangan Akademik UTM (PKA UTM).

tamimi-penang

Beliau beralih ke Utara pada Selasa 3 Mei di Pulau Pinang. Syarahan perdana pada paginya di Dewan kuliah A Universiti Sains Malaysia (USM), Minden anjuran Aqsa Syarif Pulau Pinang dengan kerjasama FORUM yang mewakili 21 NGO Islam. Beliau juga menghadiri dua sesi syarahan pada petang dan malamnya ajuran bersama Pusat Islam USM, Persatuan Staf Islam dan FORUM. Siri lawatan beliau berakhir di Ipoh, Perak pada Rabu 4 Mei.

Sepanjang lawatannya di Malaysia, ceramah, forum dan wacana beliau banyak berkisar isu peralihan kuasa di beberapa negara Timur Tengah khususnya di Mesir dan Tunisia yang memberikan suatu tamparan hebat kepada kuasa Barat serta Israel. Masa depan Palestin yang semakin baik, diulas dengan pelbagai fakta, senario dan perkembangan semasa. Perjuangan perlu terus dilipatgandakan dan para pejuang Palestin perlu memiliki kefahaman yang jelas, bukan sekadar apa yang berlaku hari ini, malah perlu memahami sejarah dengan perspektif yang tepat.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia