Mahkamah halang pengusiran keluarga di Sheikh Jarrah

Mahkamah Agung Israel memutuskan pada Selasa bahawa sekumpulan keluarga Palestin yang menghadapi pengusiran paksa di kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis boleh tinggal di rumah masing-masing sehingga keputusan muktamad dibuat mengenai pemilikan penempatan mereka.

 

Para hakim menerima banyak dakwaan keluarga bahawa keputusan penempatan tersebut masih belum muktamad.

 

Berikutan itu, beberapa keluarga yang menduduki di kawasan itu boleh tinggal dan membayar sewa yang dikurangkan sebanyak 2,400 shekel setahun (kira-kira $742) sehingga keputusan muktamad dibuat.

 

Keluarga tersebut juga akan dianggap sebagai penyewa yang dilindungi.

 

Mereka telah tinggal di Sheikh Jarrah sejak 1950-an selepas meninggalkan rumah mereka di Haifa, Jaffa dan bandar-bandar lain yang menjadi sebahagian daripada wilayah Israel, di atas tanah yang dikuasai oleh Jordan pada masa itu.

 

Undang-undang membenarkan?

 

Apabila Israel menguasai Baitulmaqdis Timur dari Jordan selepas Perang 1967, satu undang-undang telah diluluskan yang membenarkan Israel untuk mengambil semula tanah yang mereka katakan mereka miliki sebelum 1948.

 

Nahalat Shimon, sebuah pertubuhan peneroka Yahudi yang ingin membangunkan kawasan itu, membeli hak tanah daripada keluarga Yahudi yang mengatakan mereka memiliki tanah itu sebelum 1948.

 

“Keadaannya tidak adil kerana kami tidak dapat menuntut semula rumah asal, manakala kami berisiko kehilangan tempat tinggal yang diiktiraf kerajaan Jordan sebagai hak milik, dan melepaskan status pelarian mereka lebih 60 tahun lalu,” kata keluarga Palestin itu.

 

Ketegangan semakin memuncak di kawasan kejiranan tersebut pada awal tahun ini apabila kes itu kelihatan hampir selesai, yang sebahagiannya digunakan Hamas sebagai alasan untuk menembak roket ke Baitulmaqdis dan mencetuskan perang 11 hari antara Gaza dan tentera Israel.

 

Tolak cadangan

 

Pada bulan November tahun lalu, keluarga tersebut menolak cadangan daripada Mahkamah Agung Israel yang menawarkan status sewa yang dilindungi selama 15 tahun sebagai pertukaran untuk menerima dengan membayar 2,400 shekel ($750) setahun sebagai sewa kerana tanah itu milik organisasi Nahalat Shimon.

 

Peguam keluarga, Sami Arsheed memberitahu Haaretz bahawa keputusan itu adalah kemenangan undang-undang yang menakjubkan.

 

“Mereka menerima dakwaan utama kami bahawa isu pemilikan rumah belum selesai dan mesti diputuskan dalam prosedur penyelesaian. Selagi perkara itu belum selesai, penduduk Palestin mesti dibiarkan tinggal di rumah mereka,” kata Arsheed.

 

Bagaimana boleh jadi realiti?

 

Kata seorang sukarelawan bantuan kemanusiaan yang telah memasuki Gaza pada 2009 dengan Mercy Malaysia, dan pada 2013 dengan Aqsa Syarif MyCARE, Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom melalui penulisannya yang bertajuk ‘Jadikah gencatan senjata?’  pada 26 Mei 2021 lalu, beliau berkata:

 

“Perbincangan ‘dua negara dan pulang ke sempadan tahun 1967’ terus menjadi kontroversial.”

 

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia berkata, bagaimanakah ia boleh menjadi realiti sedangkan secara haram Israel dan pendatang Yahudi terus membangunkan banyak penempatan baharu di atas tanah Palestin yang dirampas.

 

Terdahulu pada Ramadan tahun lalu, dunia dikejutkan dengan peristiwa berdarah di Palestin itu yang berlaku pada 7 Mei 2021 bermula dengan pencerobohan polis Israel di Masjid al-Aqsa.

 

Seterusnya, pendatang Yahudi bertindak merampas rumah penduduk Palestin di penempatan Sheikh Jarrah, tentera Israel mengebom Gaza dan pendatang Yahudi menyerang kawasan penempatan Arab di Silwan dan Ni’ilin.

 

Ini menampakkan kebiadaban tentera Israel dan menyaksikan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta hak asasi kemanusiaan, yang seharusnya ditentang oleh masyarakat dunia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia