Setiap Orang Adalah ‘Influencer’: Berikan Pengaruh Baik

Influencer sering dikaitkan sebagai individu yang meraih pengikut di media sosial dengan menghasilkan pelbagai jenis kandungan menarik seperti video hiburan, masakan, fesyen dan sebagainya.

Bergelar seorang influencer pastinya menyebabkan kehidupan peribadi seseorang itu menjadi perhatian masyarakat kerana mereka pastinya ingin mengenali figura itu dengan lebih dekat seperti latar belakang keluarga, pendidikan, personaliti mahupun kediaman atau jenis kenderaan yang dimiliki.

Golongan ini juga sering dijadikan contoh teladan oleh sesetengah anggota masyarakat terutama golongan muda, malah ramai antara mereka menjadikan “kerjaya” influencer sebagai cita-cita impian.

Hal ini demikian kerana mereka tertarik dengan gaya hidup serta skop pekerjaan yang dilakukan untuk meraih keuntungan yang tinggi dengan menghasilkan kandungan yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun, sedarkah kita bahawasanya kita juga merupakan influencer?

  1. Memberikan pengaruh kepada orang lain

Seperti golongan influencer pada umumnya yang dapat menjadi contoh yang baik atau buruk kepada masyarakat, begitu jugalah kita yang dapat memberi kesan kepada orang lain melalui sesuatu perbuatan.

Sebagai contoh, terdapat anak-anak yang cenderung menggunakan perkataan yang kesat kerana mengikut kebiasaan buruk yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Justeru, jadilah seseorang yang dapat mendorong orang lain menjadi lebih baik. 

  1. Meraih habuan dengan menghasilkan pelbagai jenis kandungan

Kandungan yang dimaksudkan adalah perbuatan buruk atau baik kepada orang lain. Antara kebaikan yang boleh dilakukan adalah seperti bersedekah, memberi nasihat dan menyampaikan ilmu.

Bentuk habuan ini pula dibahagikan kepada dosa dan pahala. Seperti golongan influencer yang dapat meraih keuntungan dengan menghasilkan pelbagai jenis kandungan, kita juga seharusnya memperbanyak amalan terpuji bagi mencapai reda Ilahi. 

  1. Sentiasa diawasi oleh pelbagai pihak

Seperti kehidupan peribadi golongan influencer yang sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, tindak-tanduk kita juga akan sentiasa diperhatikan dan tiada suatu perkara pun yang terlepas daripada pengawasan Allah SWT.

Sentiasa koreksi diri tanpa mengharapkan diri dijulang tinggi oleh manusia kerana mata manusia mungkin dapat dikaburi dengan kepura-puraan, tetapi ingatlah bahawa Allah SWT mengetahui segala aib hamba-Nya.

Kita adalah influencer

Hakikatnya, setiap daripada kita merupakan influencer yang mempunyai tanggungjawab untuk memberikan pengaruh yang baik kepada masyarakat. Tanpa mengira jenis pekerjaan, kita semua mempunyai cara tersendiri untuk berbakti kepada orang lain.

Sekecil-kecil kebaikan boleh memberi seribu makna kepada pihak yang menerima. Ingatlah bahawa sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Sebagai khalifah di muka bumi, kita juga memikul amanah untuk melaksanakan prinsip amar makruf nahi mungkar. Dakwah merupakan perkara yang dituntut dalam Islam dan sudah pasti, setiap amalan baik dijanjikan ganjaran oleh Allah SWT. 

Justeru, hiasilah diri dengan peribadi yang baik, hasilkan “kandungan” pahala dalam kehidupan seharian dan ingatlah bahawa segala yang kita kerjakan adalah dalam pengawasan Allah SWT.

Ayuh bersama-sama bangunkan cita-cita untuk menjadi influencer yang bermanfaat kepada diri, masyarakat dan agama.

Khairunisa Zul Kuraini
Siswazah Linguistik Melayu, Universiti Malaya

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia