Seronok cuba permainan tradisional kaum lain

Antara permainan tersebut ialah congkak atau palangguli bagi kaum India, batu seremban (Melayu), cabaran menggunakan kayu penyepit (Cina), membuat thoranam dan kolam (India) serta jak renoi yang terkenal bagi Orang Asal.

 

Karnival yang berlangsung pada Sabtu, 15 Februari lalu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) ini juga menyediakan ruang untuk mencuba teknik menulis kaligrafi pelbagai kaum seperti khat Jawi, kaligrafi Cina dan Tamil.

 

Selain itu, pertandingan seni kolaj turut berlangsung dalam karnival ini dengan tema ‘Keterangkuman dan Pendidikan Bahasa Ibunda’ mengumpulkan kira-kira 200 orang peserta para pelajar sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH, yang mewajibkan penyertaan pelbagai kaum dalam setiap kumpulan.

 

Sesudah itu, karnival dimeriahkan lagi dengan persembahan kalam berirama (choral speaking) daripada tiga buah sekolah yang masing-masingnya mewakili bangsa Melayu, Cina dan India.

 

Menurut Pengarah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Karnival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020 bertindak sebagai Permulaan Acara (Run-up Event) sebelum Majlis Sambutan sebenar pada Jumaat, 21 Februari 2020.

 

“Tahun 2020 merupakan tahun ketiga kami menganjurkan karnival ini,” jelas beliau yang juga Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH.

 

Tambahnya, program sebegini bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah khasnya dan keseluruhan masyarakat amnya tentang kepentingan bahasa ibunda masing-masing.

 

Dalam ucapan penutup, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Hj Zaid Kamaruddin menyifatkan Karnival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa ini sebagai satu usaha murni yang patut dibanggakan bersama dan berharap mesej perpaduan yang dibawa dapat dicontohi oleh semua pihak.

 

Lagi foto karnival: http://bit.ly/imld2020carnival

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia