Sentimen Perkauman, Agama: Pelihara Sensitiviti

Negara ini sudah lama tidak menyaksikan rusuhan kaum sehingga menimbulkan konflik ketegangan yang sukar dirungkaikan ataupun kemusnahan harta benda awam.

Barangkali situasi yang masih harmoni ini terus dinikmati kerana amalan toleransi yang tinggi antara  etnik yang pelbagai bahasa, budaya dan agama. 

Lumrah hidup bersama ada pasang surutnya. Ada masa berbaik, ada masa bertelingkah, sebagaimana pepatah Melayu mengatakan, gigi dengan lidah adakala tergigit juga.

Tindakan Tatatertib

Beberapa hari ini, terpapar di media akhbar berkaitan komentar yang telah memainkan sentimen perkauman dan agama. Menderu reaksi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama memenuhi ruang media sosial. Suasana menjadi tegang seketika.

Namun, konflik yang timbul telah cepat diredakan melalui permohonan maaf pelaku dan hukuman tatatertib. Api kemarahan reda seketika.

Tidak lama kemudian, timbul pula provokasi daripada beberapa pempengaruh yang mengundang kritikan oleh tokoh masyarakat lain.

Mustahil untuk negara ini terus aman mengecapi kedamaian sekiranya ketiadaan pihak yang akan meredakan suasana apabila tercetusnya ketegangan.  

Tindakan permohonan maaf oleh pelaku adalah wajar dan harus dipuji, namun tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa dilihat sebagai usaha yang efektif dan pengajaran bagi sesiapa sahaja yang mengganggu keharmonian masyarakat.

Dengan itu, masyarakat akan menjadi lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Sekiranya tidak dibendung, ia mampu menular cepat menyemarak api permusuhan yang sukar dikawal.

Semaikan Rasa Hormat

Apa ibrah yang boleh dipelajari? Sikap rasis sentiasa akan menjadi ‘permainan’ yang timbul tenggelam dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang dan etnik.

Namun, apa yang lebih penting adalah cara menanganinya dengan penuh hikmah. Melalui kebijaksanaan tingkah laku, sebuah permusuhan awal boleh membawa kepada sebuah persefahaman yang harmoni. 

Agama Islam mengajak umatnya agar berkenal-kenalan dan menghormati antara satu sama lain. Ambillah pelajaran dari firman Allah melalui Surah al-Hujurat ayat 13:

“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bangsa bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”

Setiap rakyat Malaysia seharusnya menghormati agama orang lain bagi memastikan agama mereka dihormati. Malah, menghormati agama lain adalah satu tuntutan dalam Islam sepertimana firman Allah dalam Surat Al-An’am, ayat 108:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Asimilasi Budaya

Sebenarnya masyarakat Malaysia telah lama cuba belajar untuk hidup bersama. Sedar atau tidak sedar, telah berlaku asimilasi budaya.

Misalnya, jika disebut ‘tapau’, ramai orang Melayu sudah tahu ia bermaksud makanan bungkus atau untuk dibawa pulang sedangkan ia adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Mandarin.

Budaya ziarah juga telah menjadi lambang amalan masyarakat Malaysia setiap kali ada perayaan mana-mana bangsa.

 Jika berbicara soal makanan pula, roti canai yang merupakan makanan tradisi kaum India juga menjadi makanan kegemaran orang Melayu, malah banyak rangkaian restoran mamak atau Cina Muslim sentiasa dipenuhi pelanggan Melayu. 

Toleransi Membawa Keharmonian

Keupayaan untuk menerima perbezaan dengan selesa dan keinginan untuk saling memahami hanya mudah akan tercapai sekiranya wujudnya kefahaman tentang budaya dan agama masing-masing. 

Interaksi silang budaya memupuk rasa kebersamaan. Pada akhirnya, apa yang dimahukan adalah wujudnya rasa selesa hidup harmoni dalam sebuah masyarakat majmuk. 

Hidup dalam masyarakat pelbagai etnik mewajibkan setiap rakyat untuk mampu mengenali apa isu pantang larang bagi sesetengah kaum dan agama. Juga wajar untuk setiap orang hayati apakah perkara yang boleh membawa rasa kekitaan demi perpaduan yang utuh. 

Individu yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan berpengaruh seharusnya lebih berhati-hati dalam tingkah laku dan memberi pandangan.

Pengikut sentiasa memerhati, ada yang akan mengikut serta membenarkan perlakuan mereka. Perkara yang baik menjadi saham akhirat sekiranya diikuti, namun padah boleh menimpa jika yang buruk diambil.

Oleh itu, peliharalah sensitiviti antara kaum dan agama. Tunjukkanlah teladan baik untuk dicontohi masyarakat demi keharmonian bersama. Peribahasa Melayu ada menyebut, bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia